Wayne Rooney bersuara tentang sikap buruk bekas rakan sepasukannya Cristiano Ronaldo.
Di mana menurut Rooney, mereka semua memang tahu Cristiano Ronaldo seorang yang kuat berlakon dan kaki ‘diving’.
Rooney menceritakan tentang perasaan bermain bersama dan menentang Ronaldo di atas padang.
Rooney berkata: “Cristiano sangat sangat bagus, dan pada masa yang sama dia seorang yang menyusahkan kamu.”
“Dia mungkin tidak sebagus dulu pada sekarang ini [kerana usianya], namun dia masih lagi pemain yang menyusahkan kamu,” kata pengurus Derby County itu sambil tersenyum.
Rooney mengenang kembali kontroversi insiden kad merahnya ketika aksi Portugal menentang England pada Piala Dunia 2006.
Rooney ketika itu bertengkar dengan Ronaldo kerana pemain Portugal itu meminta pengadil melayangkannya kad merah.
“Ronaldo suka ‘dive’. Namun saya tidak ada masalah dengan perkara itu. Saya tak peduli tentang dia.”
“Kami bercakap di terowong selepas insiden itu. Saya memberitahu Cristiano, saya tak kecewa dengannya kerana saya dibuang padang.”
“Sebab sepanjang separuh masa pertama saya cuba sedaya upaya cuba membuatkannya agar dilayangkan kad kuning sebab diving.”
Rooney menyatakan bahawa Ronaldo sudah tahu perancangan licik Rooney itu dan dia lebih bijak dan dia pula yang menyusahkan Rooney agar pemain itu dibuang padang.
Wayne Rooney admitted Cristiano Ronaldo could be a little irritating despite his incredible talent #MUFC https://t.co/JUhIaRMKXk
— talkSPORT (@talkSPORT) March 29, 2022
Jadi pertarungan perang saraf pada hari itu dimenangi oleh Ronaldo.
Banyak media di England menganggap insiden itu akan membuatkan hubungan Ronaldo dan Rooney di kelab akan retak. Namun itu tidak berlaku.
Kerana kedua duanya terus bermain bersama dengan keserasian dan kemesraan seperti biasa. Sekaligus mereka berdua menjadi legenda kelab.
Rooney kemudian tampil menyatakan, setiap kali mewakili negara masing masing, dia dan Ronaldo akan bermusuh selama 90 minit ataupun ketika beraksi di atas padang.
Ini kerana kedua duanya mempertahankan panji negara masing masing. Namun mereka akan kembali menjadi rakan seperti biasa sebaik sahaja wisel penamat ditiup.
“Saya pemain England, dia pemain Portugal. Di atas padang saya tak nak ada kaitan dengan dia [sebagai pemain satu kelab]. Dia bukan rakan sepasukan saya. Namun selepas perlawanan berakhir, kami berkawan sekali lagi seperti biasa.”