Cristiano Ronaldo menjadi wira Al Nassr untuk menjulang piala pertama beliau bersama kelab itu iaitu Piala Juara Juara Arab.

Al Nassr ketinggalan pada minit ke-51 apabila Michael meletakkan Al Hilal di hadapan. Di mana pemain itu meraikan golnya dengan keraian siuuu yang sinis di hadapan Ronaldo.

Pada minit ke-71, Al Nassr dikurangkan kepada 10 pemain selepas Abudlelah Al Amri dibuang padang.

Segalanya kelihatan serba tak menentu buat Al Nassr dan Ronaldo.

Namun bintang legenda dari Portugal, Cristiano Ronaldo menyamakan kedudukan pada minit ke-74 untuk memastikan perlawanan berlarutan sehingga ke masa tambahan 30 minit.

Pada masa tambahan, Ronaldo mencetak satu lagi gol untuk pasukannya mendahului 2-1 pada minit ke-98.

Ronaldo terpaksa dikeluarkan selepas itu kerana masalah kecederaan.

Namun Al Hilal terus gagal memanfaatkan kelebihan seorang pemain mereka. Dan akhirnya Al Nassr bergelar juara Piala Juara Juara Arab yang merupakan pertandingan kelab serantau.

Disertai kelab dari tanah Arab dan beberapa kelab dari gugusan Konfederasi Afrika seperti dari Mesir.

Ronaldo ternyata puas meraikan piala Juara Juara Arab yang juga trofi pertamanya bersama kelab yang dia sertai pada pertengahan musim lalu.

Mentaliti kemenangannnya ternyata berjaya diterjemahkan sekali lagi oleh pemenang 5 Ballon d’Or itu.

Ronaldo dibayar €200 juta semusim bersama dengan Al Nassr. Dan dia sudah menyatakan dia sudah tawar hati untuk kembali beraksi di pentas eropah.

Kini Ronaldo dan rakan rakannya akan memburu trofi domestik, di mana persaingan musim ini lebih sengit selepas beberapa kelab Liga Saudi yang lain juga mendapatkan bintang bintang gah dari kelab eropah.