Saingan Saudi Pro League kini muncul sebagai saingan liga terbaik di rantau Asia yang mana sebelum ini didominasi oleh saingan Liga Korea dan Liga Jepun.
Baca Juga:
- Ronaldo Klaim Dia Punca Liga Pro Saudi Lebih Bagus Bakal Pintas Liga Turki Dan Belanda
- Nafi Kerana Wang, Benzema Sertai Al Ittihad Kerana Arab Saudi Negara Islam
- Here We Go: Jordan Henderson Ke Al Ettifaq
Populariti liga Arab Suadi meningkat setelah beberapa pemain bintang dunia beraksi dalam liga itu yang dimulakan oleh Cristiano Ronaldo bersama Al-Nassr dan kemudiannya disusuli oleh beberapa pemain lain seperti Karim Benzema dan N’Golo Kante (Al-Ittihad), Ruben Neves dan Kalidou Koulibaly (Al-Hilal) serta Roberto Firmino (Al-Ahli).
Baru-baru ini, laman Wikipedia mengeluarkan senarai liga terbaik di Asia dan Saudi Pro League menerima markah 100 ekoran prestasi kelab dari liga itu dalam saingan AFC Champions League (ACL). Tempat kedua dihuni oleh Liga Korea dengan markah 95.462 diikuti Liga Jepun dengan markah 93.412.
Untuk makluman, saingan Liga Malaysia pula berada di tangga ke-20 di belakang Thailand, Vietnam dan Filipina.
Baru-baru ini, dalam satu temu bual Ronaldo berkata saingan Liga Saudi jauh lebih baik berbanding Major League Soccer (MLS) dan beliau menjadi faktor utama mengapa pemain bintang lain mahu beraksi di liga itu.
“Dalam masa beberapa tahun lagi, Liga Arab Saudi akan memintas Liga Turki dan Liga Belanda. Pemain pemain yang datang ke sini adalah kerana mereka tidak suka dengan apa yang presiden UEFA cakap.
“Ketika saya memutuskan untuk datang ke sini [Arab Saudi] mereka mengkritik saya. Lihatlah apa dah jadi sekarang? Saya merintis jalan, dan sekarang semua pemain datang ke sini.
“Ketika saya menyertai Juventus, Serie A mati. Namun selepas saya menyertai Juve, ianya hidup kembali.Ke mana sahaja Cristiano Pergi, dia akan menarik perhatian yang lebih tinggi,” katanya.
Seterusnya Ronaldo mengesahkan bahawa dia sudah tawar hati untuk kembali ke liga Eropah yang menurutnya semakin hambar kecuali Liga Perdana Inggeris.
“Pada usia saya yang sudah 38 tahun, saya boleh sahkan saya tak akan kembali bermain di Eropah yang kualitinya semakin merosot. Hanya EPL sahaja yang benar benar bagus dan berada di hadapan liga lain.