Cristiano Ronaldo dan ejennya Jorge Mendes dilaporkan sudah mengadakan perbincangan dengan Bayern Munich minggu lalu menjelang jendela perpindahan Januari.

Baca Juga:

Chris Wheeler menyatakan bahawa Ronaldo sudah mengarahkan ejennya untuk mencarikannya kelab baharu untuk berpindah Januari ini. Ronaldo masih berminat mahu ke Bayern Munich.

Pemenang Ballon d’Or lima kali itu telah menjadi tajuk utama selepas terlibat dalam temu bual kontroversi dengan Piers Morgan di mana dia membongkar tentang keburukan di Manchester United dan mendakwa bahawa dia telah “dikhianati” oleh kelab itu.

Dalam wawancara selama 90 minit itu, terdapat beberapa video teaser disiarkan sebelum ianya disiarkan lewat minggu ini, Ronaldo dia mendedahkan dia tidak “menghormati” pengurus Erik ten Hag.

Dia juga menyatakan bahaw “tidak pernah mendengar” tentang Ralf Rangnick sebelum dia menjadi pengurus sementara dan turut mengecam kedaifan kemudahan asas di kelab ketika ini.

Dia juga menyerang bekas rakan sepasukan Wayne Rooney dan Gary Neville. Seterusnya menuduh pegawai tertinggi kelab itu mempunyai keraguan dan menunjukkan “kurang empati” tentang anak perempuannya yang sakit – yang menghalangnya daripada kembali untuk pramusim.

Bukan itu sahaja, Ronaldo turut mengecam Glazer sebagai tidak kisah tentang bola sepak dan hanya memikirkan komersial.

United berkata mereka akan menunggu “fakta penuh” sebelum mereka mengeluarkan jawapan tetapi buat masa ini, keadaan menunjukkan bahawa adalah tidak mungkin Ronaldo akan bermain untuk kelab itu lagi.

Bagaimanapun, dia sudah merancang destinasi baharunya Januari ini.

Menurut Daily Mail, pegawai Bayern baru-baru ini terbang ke England ke England untuk rundingan dengan Ronaldo dan ejennya Mendes.

Pada musim panas, Ronaldo menyerahkan permintaan perpindahan dan terdesak untuk menyertai kelab yang bermain dalam Liga Juara-Juara.

Mendes menawarkannya kepada banyak kelab, termasuk Chelsea, pasukan zaman kanak-kanak Sporting CP dan Napoli. Juara Bundesliga, Bayern juga turut terlibat tetapi Ronaldo tidak memenuhi hasratnya dan dia dengan berat hati kekal di Old Trafford.

United dilaporkan tiada masalah melepaskan Ronaldo pada masa itu, tetapi tiada kelab yang benar benar serius mengemukakan tawaran kepadanya. Kebanyakan kelab tidak sanggup membayar gajinya yang terlalu tinggi. Walaupun ejen beliau  meyakinkan kelab kelab tersebut dia akan berjaya memujuk Ronaldo mengurangkan gajinya.

Chelsea antara yang benar benar berminat namun usaha itu ditentang Thomas Tuchel.

Bayern memang meneroka kemungkinan membawa masuk Ronaldo tetapi Oliver Kahn, ketua eksekutif kelab itu, berkata dia tidak sesuai dengan “falsafah” mereka.

Sementara itu, pengurus Julian Nagelsmann membayangkan gaji Ronaldo menjadi batu penghalang utama.

The Bavarians membawa masuk Sadio Mane sebagai penandatanganan baharu mereka untuk menggantikan Robert Lewandowski tetapi boleh kembali untuk mendapatkan bintang Portugal itu berikutan kebimbangan terhadap kecergasan bekas bintang Liverpool itu.

Ronaldo dikatakan sedia untuk mengurangkan gajinya ke tahap yang boleh dipersetujui Bayern.

Perpindahan ke Jerman akan membolehkan Ronaldo bermain di liga elit lain dan kembali ke Liga Juara-Juara Eropah, di mana dia adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam pertandingan.

Selain itu, Manchester United mungkin ingin menamatkan perjanjian Ronaldo. Namun sedia menghalangnya daripada mencari kelab baharu pada Januari ini, menurut seorang peguam bola sepak.