Salah sebuah syarikat tempatan, Mfast Resources Holdings Sdn.Bhd dengan kerjasama syarikat penerbangan terkemuka negara, Malaysia Airlines Berhad (MAB) menawarkan pakej istimewa yang dinamakan ‘Road To Doha’ kepada peminat yang mahu menyaksikan skuad Harimau Malaya beraksi di temasya Piala Asia 2023 di Qatar.
Baca Juga:
- Tiga Pengadil Malaysia Dipilih Bertugas Di Piala Asia 2023
- Peningkatan Mendadak Harimau Malaya Menakutkan Kim Pan Gon
- Kim Pan Gon: Jika Mahu Serang, Seranglah Saya Bukan Pemain
Menurut jurucakap Mfast Resources, Khairul Effendy Abdullah berkata pihaknya telah mendapat sokongan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan bekerjasama dengan MAB bagi menyediakan pakej yang merangkumi tiket penerbangan, penginapan, sarapan pagi, pengangkutan dari lapangan terbang dan pengangkutan dari penginapan ke stadium pada hari perlawanan.
“Malaysia Airlines (MAS) menyatakan komitmen mereka dengan menyediakan tiket penerbangan dengan harga yang rendah dan berpatutan dimana pakej paling murah bermula daripada RM1,838 dan pakej paling mahal bermula daripada harga lebih kurang RM13,500. Harga ini hanya diguna pakai untuk perlawanan peringkat kumpulan sahaja dan belum termasuk peringkat kalah mati sekiranya pasukan negara layak.
“Kita akan membuka pembelian pakej itu menerusi laman web rasmi kami www.mfasport.com bermula pada 21 Oktober ini dan segala maklumat lanjut berkaitan pakej penerbangan ini boleh diperolehi di sana.,” katanya dalam sidang media khas Program ‘Road to Doha” baru-baru ini.
Pada masa yang sama, Khairul turut menggesa agar peminat segera mendapatkan pakej menarik yang ditawarkan ini bagi memastikan mereka tidak membayar dengan harga yang lebih tinggi apabila membeli pakej ketika tarikh temasya untuk bermula semakin dekat.
“Semua pakej yang disediakan adalah untuk pakej satu, dua dan tiga perlawanan dan terpulang kepada peminat untuk memilih mana-mana pakej yang mereka mahukan selain ada juga cenderung untuk duduk di sana selama 13 hari.
“Walaupun kumpulan penyokong Ultras Malaya memutuskan untuk terbang secara bersendirian, mereka juga digalakkan untuk pakej ini sekiranya berminat dan menganggap pakej ini menepati kehendak bajet mereka ke Doha,” tambahnya.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman merakamkan penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang merupakan pihak utama bertanggungjawab di sebalik penawaran pakej berpatutan itu.