Sekurangnya-kurangnya RM15 juta diperlukan jika seseorang berhasrat untuk membeli kelab bola sepak TRW Kelantan FC dengan mengambil kira kos operasi dan wang sokongan.
Baca Juga:
- Adakah RM5 Juta Nilai Yang Wajar Bagi TRW Kelantan?
- Usahawan Muda Sedia Beli Kelantan FC Dengan Harga RM10 Juta
- Datuk Seri Vida Bakal Adakan Perbincangan Dengan Zamsaham Mengenai ‘Take Over’
Perkara itu dinyatakan oleh Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah yang menjelaskan pemilik kelab perlu menyediakan dana yang lebih besar jika tidak dapat menjana pendapatan menerusi jualan tiket serta penajaan.
Menurut kenyataannya dalam Berita Harian, pasukan seperti Kelantan perlukan pemilik kaya yang mempunyai kewangan kukuh supaya tidak mempunyai masalah seperti tunggakan gaji.
“Kalau beli kelab tetapi tiada duit (untuk operasi pasukan) tak guna dan sebab itu banyak orang silap, beli pasukan selepas itu tiada duit untuk urus. Malah, duit sokongan pun kena ada untuk digunakan jika tak dapat jana pendapatan lain.
“Jadi untuk memiliki kelab bola sepak buat kali pertama anda perlu ada sekurang-kurangnya RM15 juta bagi menguruskan kelab untuk tempoh semusim. Paling tepat orang yang nak miliki bola sepak kena ada duit dan mampu berbelanja besar, itu sahaja.
“Kalau nak tunggu duit masuk lingkuplah. Kita tak boleh nak harapkan duit dari tajaan atau jualan tiket kerana itu semua bonus. Anda kena ada duit sendiri seperti di England semua kelab ada duit sendiri, pemilik bagi duit,” katanya kepada BH Sukan.
#kualalumpur #bolatime Tawaran RM10 juta yang dikemukakan usahawan perlombongan emas, Erfan Lee Ruslan tampak berjaya memikat perhatian pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman yang mengakui sedia menjual kelab itu kepada usahawan muda itu. https://t.co/ZyXaywK8QK
— Harian Metro (@hmetromy) July 8, 2023
Isu penjualan Kelantan FC menjadi bualan hangat di media sosial apabila pemilik terkini, Norizam Tukiman atau dikenali sebagai ZamSaham meletakkan tanda harga sebesar RM5 Juta kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mengambil alih kelab itu.
Setakat ini, dua pihak yang berminat ialah usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan pemilik Erfan Gym & Fitness, Erfan Akif Rusla.
Malah, Erfan Akif mengesahkan sudah menandatangani perjanjian kerahsiaan (NDA) dengan ZamSaham namun intipati perjanjian tidak boleh didedahkan.
Zamsaham sebelum ini menjelaskan Erfan perlu mengemukakan bukti dana terlebih dahulu.
“Ada orang tawarkan nak beli (Kelantan FC) RM10 juta. Insya-Allah saya akan jual pada saudara Erfan, beliau hanya berikan proof of fund untuk buktikan beliau benar-benar serius.
“Saya akan berjumpa saudara Erfan dan Datuk Seri Vida dalam masa terdekat,” kata Zamsaham di Facebook miliknya.