Pemain pertahanan Sabah, Rizal Ghazali didakwa didakwa di Mahkamah Majistret atas dua petuduhan iaitu memukul serta merosakkan telefon bimbit milik teman wanitanya pada dua minggu lalu.
Baca Juga:
- Pukul Teman Wanita, Pemain Sabah Ditahan Polis
- Wanita Ini Dedah Dikasari Oleh Pemain Liga Super Malaysia
- Miguel Cifuentes Tinggalkan TRW Kelantan, Sertai Sabah
Walaunagaimana pun, Rizal mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.
Mengikut pertuduhan, Rizal didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Hani Farhana Hasrul Sani dengan memukul wanita itu di sebuah bilik hotel di Petaling Jaya pada jam 6 pagi, 7 Jun lalu.
Bagi pertuduhan kedua pula, Rizal Ghazali juga didapati melakukan kesalahan dengan merosakkan telefon bimbit wanita sama dengan kerugian RM4,500 pada masa dan hari yang sama.
Oleh itu, Rizal didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara setahun atau denda RM2,000 dan Seksyen 427 kanun sama memperuntukkan hukuman tiga bulan penjara atau denda.
Menurut laporan Harian Merro, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Mariam Md Kamal manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Suraj Singh. Siti Maryam menawarkan jaminan RM7,000 dan syarat tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.
Sebelum ini, wanita yang dipanggil Dr Hana Rose itu telah memuat naik video di laman media sosial Instagran miliknya yang menunjukkan dia dikasari oleh seorang pemain bola sepak profesional.
Dalam video tersebut, Dr Hana menunjukkan beberapa kesan lebam pada tangannya selepas dipukul oleh pemain berkenaan.
Dr Hana Rose merupakan bekas pemenang tempat ketiga bagi pertandingan ratu cantik Miss World Malaysia bagi sesi 2019/2020.