England kini dilaporkan dalam keadaan tengah mati dalam persaingan mendapatkan hak penganjuran Piala Dunia 2030.
Ini selepas kelakuan teruk dan ganas penyokong mereka sepanjang Euro 2020. England merupakan salah satu negara yang membida hak penganjuran tersebut bersama sama dengan negara British dan Ireland yang lain.
Pengerusi Jawatankuasa Digital, Kebudayaan, Media dan Sukan England – Julian Knight – sendiri mengakui bahawa mereka kini di belakang pesaing mereka seperti Portugal dan Sepanyol.
Knight berkata: “Saya benci untuk menyatakannya, ianya sedang mati, namun saya tak optimistik sebelum ini. Kerana, secara kasarnya, kita tak ada reputasi yang bagus di kalangan peminat bola sepak yang lebih luas.”
Seterusnya Knight menyatakan untuk menjadi pembida hak penganjuran, England memerlukan sokongan daripada UEFA. Dan beliau secara kasarnya menjelaskan buat masa ini, UEFA lebih menyokong Portugal dan Sepanyol berbanding England.
“Kita perlukan sokongan UEFA untuk memasuki persaingan Piala Dunia [membida hak sebagai penganjur], mereka boleh menyokong negara seperti Sepanyol atau Portugal, dan England.”
“Selepas apa yang berlaku, saya rasa, UEFA akan lebih menyokong Sepanyol ataupun Portugal berbanding dengan kita [England].”
Ditanya, sama ada kerajaan boleh membantu dalam menarik semula sokongan daripada orang ramai. Knight berkata: “Proses dia akan menjadi mahal. Kita pernah dimalukan sebelum ini. Rasanya kita satu satunya negara yang mengundin diri sendiri.”
Knight masih tetap berharap agar England akan mampu memenangi hak penganjuran. Beberapa reputasi buruk England dalam Euro serta perangai penyokong mereka dalam beberapa temasya bola sepak utama menjadikan England sukar untuk menjadi pilihan.
Wembley disorder makes Spain and Portugal favourites to host 2030 World Cup, writes @Matt_Law_DT
Plus, Football Association charged by Uefa over behaviour of England fans at Wembley, @ben_rumsby reportshttps://t.co/HoXr8U967V
— Telegraph Sport (@TelegraphSport) July 13, 2021
Dalam Euro baru baru ini, para penyokong mereka banyak melakukan keganasan sama ada dengan penyokong lawan ataupun sesama penyokong sendiri.
Legenda England, Rio Ferdinand dibaling dengan tin bir. Manakala ayah Harry Maguire dilaporkan cedera tulang rusuk kerana keganasan penyokong.
🔴⚽ Harry Maguire said his father Alan was left with rib injuries and struggled to breathe after being trampled by fans during the Euro 2020 final https://t.co/63EsBkmNAM
— The Telegraph (@Telegraph) July 14, 2021
Seterusnya, di media sosial para penyokong England menyerang penyokong lain termasuk kanak kanak perempuan penyokong Jerman.
England fans mocked the little German girl that cried when they knocked Germany out, i feel no pity for them. pic.twitter.com/rb5rt0YUF6
— Ezenwayi Camp Nou 💙♥️ (@Jiji_Byte) July 12, 2021
Bukan itu sahaja, tular satu video penyokong England menyerang kelompok penyokong Itali.
Baca juga artikel
Serie A Larang Penggunaan Jersi Hijau Kerana Siaran Langsung TV
Perez: Mourinho Bodoh Macam Ronaldo, Del Bosque Buta Taktikal Serta Penipuan Terbesar Bola Sepak
TERKINI: Messi Kekal 5 Tahun Lagi, Menerima Pengurangan Gaji Lebih 50%