Perlawanan kumpulan B Kejuaraan Euro 2020 melibatkan Denmark dan Finland terpaksa dibatalkan selepas pemain tengah, Christian Eriksen rebah ketika beraksi dan memerlukan rawatan kecemasan.
Beraksi baik sebelum kejadian tersebut, Eriksen tiba-tiba rebah ketika perlawanan memasuki minit ke-43 sekali gus beliau terus diberikan rawatan pantas daripada barisan pegawai perubatan pasukan tersebut.
Barisan pegawai perubatan Denmark juga kelihatan memberikan bantuan pernafasan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) kepada Eriksen.
Keadaan tersebut jelas membuatkan semua yang berada di Stadium Parken, Copenhagen dan seluruh peminat bola sepak dunia gelisah.
Di samping itu, kelihatan juga ketua pasukan, Simon Kjaer dan penjaga gol berpengalaman, Kasper Schmeichel mententeramkan isteri Eriksen yang berada di tepi padang.
Selepas bertungkus-lumus memberikan rawatan awal, pegawai perubatan dan rakan sepasukannya melangkah pergi untuk membawa Eriksen keluar dari stadium.
Tinjauan di media sosial memperlihatkan sudah tular foto yang menunjukkan perkembangan positif buat pemain tengah berusia 29 tahun itu manakala laporan daripada UEFA juga mengatakan Eriksen kini berada dalam keadaan stabil.
Following the medical emergency involving Denmark’s player Christian Eriksen, a crisis meeting has taken place with both teams and match officials and further information will be communicated at 19:45 CET.
The player has been transferred to the hospital and has been stabilised.
— UEFA (@UEFA) June 12, 2021