Real Madrid berjaya menjadi juara Piala Dunia Kelab kelima dalam sejarah kelab mereka selepas menewaskan Al-Hilal 5-3 dalam aksi final di Rabat, Mesir.
Real Madrid are Club World Cup champions for a record-extending fifth time! 🏆 Hala Madrid! 🤍 pic.twitter.com/ySCgox0u1e
— Real Madrid News (@onlyrmcfnews) February 11, 2023
Vinicius Junior dan Federico Valverde masing masing mencetak 2 gol dan satu lagi gol menerusi Karim Benzema.
Juara Eropah 14 kali itu menepati ramalan untuk bergelar juara edisi kali ini. Namun mereka tetap diberikan saingan sengit oleh pasukan dari Arab Saudi.
Real Madrid mendahului 2 gol pada 20 minit pertama. Vinicus Jr dan Fede Valverde meneruskan rentak cemerlang mereka di hadapan gol.
Walaubagaimanapun Al-Hilal percaya mencuri 1 gol sebelum tamat separuh masa pertama menerusi Moussa Marega.
Namun Real Madrid segera memastikan mereka kembali dengan 2 gol di hadapan. Ini selepas Karim Benzema dan Fede Valverde menjadikan kedudukan 4-1.
Ancelotti jelas tidak gembira dengan pertahanan pasukannya yang bocor lagi pada minit ke-63 untuk membolehkan Al-Hilal di kedudukan 2-4.
Vinicus melebarkan jurang gol sekali lagi pada minit ke-69.
Al Hilal sekali lagi mendedahkan kelemahan pertahanan Real Madrid menerusi gol ketiga Vietto.
Tiada tambahan gol selepas itu dan Real Madrid menjadi juara Piala Dunia Kelab kelima mereka.
Menjadikan Los Blanfos sebagai pasukan paling berjaya dalam pertandingan tersebut. Di atas Barcelona yang di kedudukan kedua terbanyak dengan 3 piala.
Kelab Eropah kini terus unggul dalam pertandingan tersebut dengan 10 kejuaraan dunia secara keseluruhan.