Real Madrid dilaporkan sedang menewaskan Barcelona dalam usaha mendapatkan pemain muda berbakat Turki, Arda Guler.
Baca Juga:
- Borussia Dortmund Dapat €133 Juta Daripada Penjualan Jude Bellingham Ke Real Madrid
- Nacho Kapten Baru Real Madrid, Modric Timbalan
- RASMI: Benzema Tinggalkan Real Madrid, Sertai Al Ittihad
Arda Guler telah menjadi salah satu prospek sensasi pada jendela perpindahan musim panas.
Pemain muda Turki itu telah menarik perhatian beberapa pasukan utama Eropah. Ejen beliau menyatakan bahawa pemain itu akan mempertimbangkan sebaiknya untuk menentukan destinasi seterusnya.
Guler awalnya dilihat bakal memilih Barcelona berbanding AC Milan sebagai destinasi baharunya. Namun beberapa jam kemudian Real Madrid dikatakan hadir dengan tawaran lebih besar kepada pemain itu.
Kini pemain itu dalam dilema untuk memilih sama ada Real Madrid atau Barcelona.
Pemain muda itu sebelum ini sudah menyatakan bahawa dia sedia meninggalkan Fenerbahce untuk sesuatu yang lebih besar di dalam kariernya.
Dia memaklumkan kepada pemimpin tertinggi kelab Turki itu bahawa mereka harus mempertimbangkan tawaran daripada kelab kelab besar untuknya.
Arda Guler ada klausa pelepasan €17.5 juta pada kontraknya. Dilaporkan Real Madrid sudah pun sedia menawarkan perjanjian dengan Fenerbahçe untuk €20 juta.
Kini rundingan berada pada fasa akhir untuk dimuktamadkan di antara kedua dua pihak, lapor Fabrizio Romano.
Real Madrid official bid to Fenerbahçe for Arda Güler will include sell on clause as it was part of the original contract between player and Fener. 🚨⚪️🇹🇷
Negotiations have entered final, key stages in the last few hours. pic.twitter.com/EkPsrMRlwF
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 4, 2023
Malah ada laporan menyebut bahawa, Real Madrid kini menjadi pendahulu berbanding pesaing lain, terutamanya Barcelona dalam usaha mendapatkan wonderkid itu.
Malah pemain itu juga dikatakan sudah bercakap dengan Luka Modric menerusi panggilan telefon.
🤝 Luka Modric and Arda Güler shared a phone call, confirms @fanatikcomtr pic.twitter.com/j0Qwunq9JR
— Madrid Xtra (@MadridXtra) July 4, 2023
Berita itu kurang menyenangkan hati kem Barcelona yang sebelum ini yakin akan dapat menandatangani pemain muda Turki itu.
Dan kini juara La Liga musim 2022/23, Barcelona sudah sedia untuk kehilangan Arda Guler kepada musuh ketat mereka, Real Madrid.