Real Madrid dilaporkan sudah mendapat tanda harga untuk Kylian Mbappe dari PSG.

Sebelum ini PSG cuba memujuk Real Madrid untuk membeli Mbappe dengan harga €200 juta namun tidak dilayan kelab itu.

PSG kemudian mengesyaki Mbappe dan Madrid sudah mencapai kesepakatan verbal untuk perpindahan percuma.

Itu yang membuatkan Mbappe tidak mahu berpindah ke Al Hilal yang menawarkan harga €300 juta untuk pemain itu.

Namun setiap perpindahan pemain memerlukan persetujuan kelab dan pemain. PSG sudah mencapai kesepakatan harga dengan Al Hilal untuk Mbappe.

Malangnya, Mbappe langsung tidak mahu berbincang dengan Al Hilal soal perpindahan itu.

Kini Real Madrid menghantar satu permintaan rasmi kepada PSG, meminta tentang tanda harga sebenar Mbappe.

PSG meletakkan harga €250 juta untuk pemain antarabangsa Perancis itu.

Adakah kerana PSG yakin bahawa mereka sudah mendapat tawaran lebih baik dari Al Hilal? Namun PSG masih perlu memujuk Mbappe untuk menerima perpindahan ke kelab Arab Saudi itu.

Jika PSG gagal menjual Mbappe pada kali ini, maka mereka akan kehilangan pemain itu secara percuma musim hadapan.

Al Hilal dilaporkan sedia mendapatkan Mbappe dengan kontrak setahun sahaja. Dan pemain itu boleh pergi ke mana dia suka musim hadapan.

Al Hilal manawarkan gaji asas €200 juta namun bonus dan hak komersial boleh menjadikan ia bernilai €700 juta semusim di kelab itu.

Mbappe dilaporkan sentiasa mahukan perpindahan ke Real Madrid dan dia mahu terus kekal di PSG pada musim ini. Pergi sebagai ejen bebas ke kota Madrid.