Mbappe menjadi atlet dengan kontrak termahal dalam sejarah sukan dunia. Dia merupakan penyerang muda berbakat besar yang sudah ada 1 medal Piala Dunia di kabinetnya.
Baca Juga:
- Mbappe Ancam Tinggalkan PSG Kerana Tak Gembira Dengan Pengurus Serta Pengaruh Messi
- Mbappe Mahu PSG Jual Neymar Kerana Tiada Pemain Lebih Besar Dari Kelab
- Perez Sindir Mbappe: “Tiada Nama Mbappe Hari Ini, Cuma Ada Keraian Kejuaraan Real Madrid”
La Parisien melaporkan bahawa PSG telah memberikan kontrak sangat besar kepada Mbappe. Di mana secara keseluruhan Mbappe mengaut £547 juta daripada kelab milik Qatar itu.
Mbappe menandatangani kontrak 3 tahun dengan 2 tahun sebagai mutlak dan tahu ketiga adalah pilihan.
Bagaimana Mbappe menerima kontrak termahal dalam sejarah sukan?
Jika Mbappe kekal di PSG selama 3 tahun sehingga 2025, dia akan mendapat keseluruhan £547 juta tersebut.
Kontrak besar itu ditawarkan PSG untuk menghalang Mbappe menyertai Real Madrid. Ianya selepas pemain itu dikatakan setuju secara lisan untuk menyertai kelab gergasi Sepanyol tersebut.
Mbappe kemudian menarik diri daripada perjanjian dengan Real Madrid dan menandatangani kontrak baharu dengan PSG.
Bonus atas tandatangan sahaja, Mbappe sudah mendapat £156 juta.
Dan jika dia kekal di PSG sehingga 2025, dia akan mendapat lagi bonus kesetian sebanyak £61 juta.
Secara asasnya, Mbappe menerima gaji £650 seminggu di PSG. Menjadikan kontrak ini sebagai kontrak terbesar yang pernah wujud untuk mana mana atlet di dunia.
Selain itu Mbappe turut diberikan kuasa yang besar oleh PSG. Dia menjadi teras kepada projek sukan di kelab tersebut.
Mbappe berhak bersuara tentang pemilihan jurulatih, pengarah sukan dan jual beli pemain.
PSG hand Kylian Mbappe the biggest EVER contract for a sportsperson 🤑 pic.twitter.com/v7glsThVWS
— Mail Sport (@MailSport) October 24, 2022
Sebelum ini PSG memecat Pengarah Sukan mereka, Leonardo. Ianya sebagai sebahagian syarat yang dipersetujui PSG ketika memujuk Mbappe kekal.
Pemain itu tak suka dengan Leonardo yang menurutnya tidak cukup bagus berbanding Luis Campos. Bekas pengarah sukan AS Monaco yang menemui bakatnya.
Selain itu, PSG turut memecat Mauricio Pochettino kerana pengurus itu dikatakan tidak sesuai dengan kehendak Mbappe dari segi pengurusan taktikal.
Musim ini, pengurus PSG, Christophe Galtier turut dikritik Mbappe kerana taktikal yang menjadikannya no.9.
Mbappe mahukan lebih kebebasan di atas padang, sama seperti Neymar dan Messi.
Galtier sudah menyatakan dia terbuka mendengar kritikan Mbappe dan berjanji akan mendapatkan no.9 seperti dimahukan Mbappe.