Real Madrid menyindir Manchester City yang diumumkan sebagai kelab terbaik dunia 2022, pada malam gala Ballon d’Or.
Manchester City berjaya memenangi satu anugerah dalam penganugerahan Ballon d’Or 2022 sebagai kelab terbaik dunia 2022 diikuti oleh Liverpool dan Real Madrid.
Manchester City kelab terbaik dunia 2022
Manchester City berada di tempat pertama, manakala Liverpool dan Real Madrid ketinggalan di tempat kedua dan ketiga.
City dianggap tidak layak memenangi anugerah itu berbanding dengan Real Madrid yang memenangi La Liga, Liga Juara Juara Eropah dan Piala Super Eropah.
Lantas twitter rasmi mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk menyindir Manchester City sebaik sahaja pengumuman itu dibuat.
👀
— Real Madrid C.F. (@realmadrid) October 17, 2022
Penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois turut membantah pemilihan Manchester City.
“Apabila Manchester City memenangi trofi untuk kelab terbaik? Kami berpandangan antara satu sama lain dan ketawa,” kata Courtois.
Menurut Courtois dan kem Real Madrid, kelab mereka dianggap lebih layak mendapat gelaran itu kerana memenangi dua gelaran sekaligus iaitu Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Sepanyol.
🎙 Thibaut Courtois: "When Manchester City won the trophy for the best club? We looked at each other and laughed." pic.twitter.com/1Ngt1LtNBm
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) October 18, 2022
Manakala Manchester City hanya memenangi satu kejuaraan iaitu Liga Inggeris 2021/2022.
Selebihnya, mereka tumbang di separuh akhir Piala FA, pusingan ke-4 Piala Liga Inggeris dan separuh akhir Liga Juara-Juara, di mana Man City tewas secara mendadak kepada Real Madrid.
Dalam acara pembukaan musim, Perisai Komuniti 2022, City turut ditewaskan oleh Liverpool.
Pertimbangan City kelab terbaik dunia
Namun begitu, pelbagai kriteria yang dilaporkan telah dipertimbangkan. Ini termasuk kemajuan kelab terbabit sepanjang tahun termasuk pasukan wanita mereka.
Untuk kriteria kedua, menurut Manchester Evening News, Manchester City adalah raja.
Di mana Manchester City menghantar 7 calon dalam Ballon d’Or 2022. Dan ianya adalah jumlah terbesar dalam edisi kali ini.
Mereka ialah Riyad Mahrez, Kevin De Bruyne, Phil Foden, Bernardo Silva, Joao Cancelo, Lucy Bronze dan Ederson.
Kevin De Bruyne berada di tangga ketiga untuk perebutan anugerah utama Ballon d’Or di belakang Karim Benzema dan Sadio Mane.
Dari segi prestasi di atas padang, anak anak buah Pep Guardiola menjaringkan sejumlah 150 gol di seluruh pertandingan musim lalu, yang paling banyak daripada mana-mana kelab di Eropah.
Manchester City turut memenangi EPL. Pasukan wanita dan pasukan pembangunan mereka juga memenangi piala dalam pertandingan masing masing.
Pasukan Wanita Manchester City, dibimbing oleh Gareth Taylor, menjulang Piala Continental buat kali keempat hasil kemenangan 3-1 ke atas Chelsea dalam aksin final. Skuad wanita mereka mara ke pertandingan Piala FA Wanita, kalah kepada Chelsea.
Seterusnya, skuad pembangunan City memenangi Liga Perdana 2 untuk musim kedua berturut-turut. Manakala pasukan Bawah 18 Tahun berjaya mengekalkan kejuaraan Utara dan peringkat Kebangsaan untuk Liga Perdana Bawah 18 tahun.