Manchester City dilaporkan semakin hampir mencapai kesepakatan verbal dengan Josko Gvardiol dari RB Leipzig.
Baca Juga:
- Marcus Rashford Akui Iri Hati Lihat Man City Treble
- Manchester City Kini Jenama Nombor Satu Di Dunia Kata Pengerusi Kelab
- Ulang Tahun Ke-20 Hijrah Ke Etihad Stadium Jadi Inspirasi Jersi ‘Home’ Manchester City 2023/24
Apabila ianya selesai, maka proses seterusnya adalah mencari kesepakatan nilai harga pemain itu.
Kelab Jerman itu dilaporkan meminta sekurang kurangnya €100 juta untuk pemain pertahanan muda itu.
Hal ini kerana Gvardiol masih ada baki kontrak yang sangat panjang di kelab Jerman itu.
Pemain bek tengah berusia 21 tahun itu masih ada kontrak sehingga 2027 di Leipzig.
Gvardiol sebelum ini pernah dikaitkan dengan Chelsea. Namun rundingan untuk mendapatkan pemain itu gagal selepas Leipzig memutuskan untuk tidak menjualnya musim lalu.
Kini kelab Jerman itu sedia untuk mendapatkan wang hasil penjualan pemain tersebut yang dianggap bintang masa depan dalam bola sepak dunia.
Pep Guardiola sudah lama meminati Gvardiol. Dan kini mahu membawa pemain muda itu ke Etihad untuk projek jangka panjang kelab itu.
Manchester City, Gvardiol ile prensipte anlaştı. Leipzig, 100 M€ bonservis talep ediyor. (Sky Sport) pic.twitter.com/fEP9pN7RYK
— FutbolArena (@futbolarena) June 21, 2023
Man City dalam misi mempertahankan treble mereka pada musim hadapan.
Man City dalam proses memuktamadkan pembelian seorang lagi pemain dari Croatia iaitu Mateo Kovacic dengan nilai sekitar €35 juta.
Dan kini mereka akan cuba mendapatkan Gvardiol dengan nilai €100 juta.
Dari pihak Gvardiol, pemain muda Croatia itu tiada masalah untuk mempersetujui syarat menyertai Manchester City dan bermain di Liga Perdana Inggeris.
Selain daripada Kovacic dan Gvardiol, Manchester City turut bercadang menyaingi Arsenal bagi mendapatkan Declan Rice.