Liverpool berjaya mendapatkan pemain tengah Bayern Munich, Ryan Gravenberch sebelum jendela perpindahan ditutup. Dan kedua dua kelab bersepakat untuk harga €45 juta.

Baca Juga:

Daripada nilai itu €40 juta adalah harga tetap dan €5 juta lagi adalah dalam bentuk bonus.

Liverpool sebelum ini sudah mendapatkan 3 pemain tengah iaitu Alexis Mac Allister, Dominik Szoboszlai serta Wataru Endo.

Dan mereka melengkapkan perpindahan seorang lagi pemain yang lebih defensif untuk mengisi bahagian tengah pasukan Liverpool.

Sebelum itu Liverpool sudah kehilangan Jordan Henderson dan Fabinho yang berpindah ke Liga Pro Saudi.

Gravenberch sudah lama mempersetujui syarat dan terma peribadi untuk menyertai Liverpool. Jurgen Klopp memainkan peranan penting dalam meyakinkan pemain tersebut menyertai skuadnya.

Namun begitu Gravenberch terpaksa menunggu lampu hijau dari Bayern untuk melepaskannya ke Liverpool.

Bayern sudah berjanji akan menjual Ryan Gravenberch ke Liverpool jika mereka mendapat pengganti untuk pemain itu.

Dengan Bayern dilaporkan berjaya mendapatkan Joao Palhinha dari Fulham.

Gravenberch akui teruja menyertai Liverpool dan sudah tak sabar untuk beraksi di hadapan The Kops di Anfield terutama sekali.

Klopp menganggap Ryan Gravenberch sebagai pemain yang sesuai dengan taktikal pasukannya. Terutama sekali gaya permainan pemain itu yang sangat bertenaga di atas padang.

Klopp juga yakin Gravenberch akan berkembang menjadi pemain serba boleh di bahagian tengah ataupun pemain box to box.