Penyerang hebat Buriram United yang berasal dari Brazil, Diogo Luis Santo sah menyertai juara Liga Super Malaysia 2018, Johor Darul Ta’zim musim ini.

Kemaskini mengenai kedatangan Diogo ke JDT telah dilaporkan beberapa hari lalu – Penyerang Buriram United, Diogo Luis Santos Bakal Sertai Pasukan Liga Super Malaysia 2019? dan hari ini laman sosial rasmi JDT telah mengumumkan ketibaan penyerang itu kira-kira sejam yang lalu.

Diogo Luis Santo yang beraksi bersama Buriram United selama 4 musim telah mencatatkan rekod ratio jaringan yang cukup mengagumkan apabila dari 105 perlawanan beliau berjaya menjaringkan 101 gol.

Musim 2018 juga tidak kurang hebatnya apabila Diogo menggondol trofi kasut emas dengan 34 gol dari 34 perlawanan liga dan muncul sebagai pemain import terbaik dalam saingan Toyota Thai League 2018.

48396031_951510835237471_7993733285240897536_n

Kehadiran Diogo ke JDT dilihat sebagai salah satu penyelesaian terutama dibahagian serangan serta pengalaman berharga beliau dalam kancah AFC Champions League yang mampu untuk membantu kemunculan JDT dalam saingan bola sepak tertinggi Asia itu tidak lama lagi.

26733520_977672075718273_4451754882533689989_n

VocketFC juga menerima maklumat dimana ramai penyokong serta pengamal media di Thailand teruja dan menantikan siapakah pemain yang akan menggantikan tempat Diogo di Buriram United serta adakah pemain itu mampu  mempamerkan prestasi apa yang telah dilakukan oleh Diogo sebelum ini berbanding berita perpindahannya ke JDT.