Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan Malaysia sah berada di tangga 138 dunia, naik 7 anak tangga berbanding 145 dalam kemas kini terbaharu kedudukan ranking FIFA.
Baca Juga:
- Harimau Malaya Dijemput Sertai Kejohanan Asia Selatan
- Cedera Hamstring Punca Arif Aiman Disisihkan Dari Skuad Harimau Malaya
- FAM Setuju Derma RM1 Jualan Tiket Harimau Malaya Kepada KBS
Kedudukan tersebut berubah selepas skuad kendalian Kim Pan Gon mencatat dua kemenangan dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 sekaligus mengutip 10.12 mata secara keseluruhan.
Malaysia menewaskan Turkmenistan (ranking 135) 1-0 pada 23 Mac lepas hasil jaringan tunggal Akhyar Rashid pada minit ke 28.
Berdasarkan perkongsian daripada laman sesawang Footy Rankings, keputusan tersebut sekaligus memberikan tambahan mata sebanyak 5.27 dalam ranking FIFA sekaligus naik ke tangga 139 dunia dengan jumlah 1077.29 mata.
Perubahan kedudukan ranking itu berlaku selepas Mexico menewaskan Suriname (ranking 139) 2-0 dalam saingan Liga Negara CONCACAF pada 24 mac.
Pada perlawanan kedua, Harimau Malaya mengutip sebanyak 4.84 mata hasil kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong (ranking 146) sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1083.13 mata.
FIFA Rankings update March 2023 for several countries which are requested by followers. Sorry for wrong calculation yesterday due to human error. Please find the corrected points below, thanks pic.twitter.com/9YvV4SgdNY
— Footy Rankings (@FootyRankings) March 29, 2023
Dengan jumlah itu, Harimau Malaya naik 4 anak tangga ke kedudukan ranking 138 dunia mengatasi negara seperti Ethiopia, Suriname, Burundi dan Eswatini.
Kali terakhir Malaysia masuk dalam kelompok 130-139 dunia adalah pada Ogos 2010. Kedudukan ini boleh berubah sekiranya Malaysia konsisten mencatat kemenangan dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang seterusnya.
Kedudukan ranking ini penting untuk menentukan balang undian rasmi Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung bulan Mei nanti.
Malaysia memerlukan beberapa perlawanan lagi untuk naikkan mata ranking FIFA supaya berpeluang berada di balang undian yang lebih baik untuk saingan kelayakan Piala Dunia 2026.
Hal ini kerana Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah merangka format baharu kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 untuk menentukan cara terbaik memilih pasukan ke Piala Dunia berdasarkan jumlah slot yang telah ditetapkan.
Pasukan di ranking 26 hingga 27 Asia akan bermain di pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia melibatkan satu perlawanan (Home & Away). Ketika ini, Malaysia berada di ranking 25 Asia dan bakal beraksi di pusingan kedua.