Pemain sayap lincah, Raheem Sterling secara rasminya telah diperkenalkan sebagai rekrut baharu Chelsea selepas memeterai kontrak selama lima tahun dengan yuran perpindahan bernilai £45 juta [tidak termasuk klausa tambahan].
Pengumuman rasmi di laman sesawang rasmi Chelsea itu sudah pastinya melegakan para penyokong The Blues yang saban hari menantikan berita kehadiran pemain baharu kelab tersebut.
Selepas mencapai kata sepakat untuk menyertai kelab London itu pada minggu lalu, Sterling yang sebelum ini bercuti di negara kelahirannya, Jamaica telah bergegas pula terbang ke Los Angeles, Amerika Syarikat bagi menyertai sesi latihan pra-musim Chelsea.
Sebagai seorang yang sudah terbukti kemampuannya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), kehadiran Sterling dilihat mampu menjadi tambahan berguna buat Chelsea dalam usaha mereka untuk mempertajamkan lagi jentera serangan.
Malah, Thomas Tuchel yang akan membimbing Chelsea buat musim ketiganya itu dikatakan cukup berminat untuk mendapatkan khidmat Sterling.
Mula menyertai Manchester City pada musim 2015/16 dari Liverpool, pemain berusia 27 tahun itu telah membuat 339 penampilan dalam semua pertandingan yang disertai The Cityzens.
Sepanjang tujuh musim tersebut, Raheem Sterling berjaya meledakkan 131 gol dan mencipta 95 bantuan jaringan. Statistik yang boleh dikatakan cukup baik buat seorang pemain sayap.
Selain itu, beliau turut menjulang empat trofi EPL bersama Manchester City serta empat kali juga muncul pemenang Piala Carabao dan kejuaraan Piala FA pada musim 2018/19.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.
Kontrak Bersama Fenerbahce Ditamatkan, Ozil Bakal Beralih Ke ‘Esports’?
Fonte: UCL Jadi Idaman Cristiano Ronaldo Untuk Menang Ballon d’Or
Gabriel Jesus: Saya Mahu Memenangi Segala-Galanya Bersama Arsenal