Bekas ketua pasukan Selangor, Amri Yahyah sah menyertai pasukan Sabah FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.
Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab di laman media sosial rasmi pasukan dimana Amri menjadi pemaing paling senior dalam skuad dari Borneo itu.
Selamat Datang Ke Sabah FC
AMRI YAHYA #SabahFC #KitaGempur #WelcometoSabahFC pic.twitter.com/yTUGAAmjfm— Sabah FC Official (@SabahFCofficial) February 18, 2021
Musim lalu, Amri beraksi bersama Sarawak United dalam saingan Liga Perdana namun pemain berusia 40 tahun itu tidak mendapat peluang yang cukup untuk menampilkan prestasi sebenar ekoran pandemik COVID-19 yang melanda negara sekaligus menyebabkan saingan liga domestik dihentikan.
Selain mengumumkan ketibaan Amri Yahyah, Sabah FC turut mengumumkan dua lagi pemain iaitu bekas penyerang skuad B-23 tahun negara, N.Thanabalan dan pemain sayap Indonesia, Saddil Ramdani.
Selamat Datang Ke Sabah FC N. Thanabalan#SabahFC #KitaGempur #WelcometoSabahFC pic.twitter.com/0vpSOlj92w
— Sabah FC Official (@SabahFCofficial) February 18, 2021
Selamat Datang SADDIL RAMDANI ke Sabah FC 🇮🇩🤝🇲🇾#SabahFC #KitaGempur #IndoPride #Gaspol #WelcometoSabahFC pic.twitter.com/vLwKdNZaPW
— Sabah FC Official (@SabahFCofficial) February 18, 2021
Musim lalu, N.Thanabalan beraksi bersama Perak II manakala Saddil pula beraksi bersama Bhayangkara FC dalam saingan Liga 1 Indonesia.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Sabah FC Tamatkan Kontrak Pemain Kacukan Thailand-Jerman, Dennis Buschening
Kisah Penswastaan Kedah FC Dari Sisi Shaizuan Flumen Holdings Sdn Bhd Yang Peminat Kedah Perlu Tahu
‘Mesin Gol’ Dari Ukraine Sertai Pahang Ganti Tempat Sergio Aguero