Kedudukan ranking dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang melibatkan skuad Harimau Malaya dijangka berubah pada bulan Julai depan selepas mencatat dua kemenangan dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1.
Baca Juga:
- Kim Pan Gon Gembira Dengan Prestasi Harimau Malaya
- Ranking FIFA: Harimau Malaya Dijangka Naik Ke 138 Dunia
- Malaysia Antara 4 Pasukan Terbaik Dunia Alami Kenaikan Mendadak Dalam Ranking FIFA
Skuad kendalian Kim Pan-gon itu menewaskan Kepulauan Solomon (ranking 134) 4-1 pada 14 Jun lepas hasil jaringan Paolo Josue, Arif Aiman, Safawi Rasid dan Lee Tuck.
Menurut perkongsian daripada laman sesawang HarimauMYstats, keputusan itu membantu Malaysia mengutip 5.206 mata ranking FIFA.
FT 🇲🇾 Malaysia 4⃣➖1⃣ Solomon Island 🇸🇧
Paolo Josue ⚽️
Arif Aiman (pen.) ⚽️
Safawi Rasid ⚽️
Lee Tuck ⚽️4 gol Malaysia terhasil dari 27 shot, 13 darinya on target. Dengan kemenangan ini Malaysia memperoleh 5.206 mata ranking FIFA.#HarimauMalaya #MASvsSOL
— HarimauMYstats (@HarimauMYstats) June 14, 2023
Pada perlawanan kedua, Malaysia berpesta gol belasah Papua New Guinea (ranking 159) 10-0 dan ia adalah kemenangan terbesar sejak dibawah kendalian Kim Pan Gon.
Keputusan itu bermakna Harimau Malaya mendapat tambahan 4.24 mata sekaligus menjadikan mata keseluruhan yang dikutip adalah 9.446.
FT Malaysia 10-0 Papua New Guinea
Ini kemenangan terbesar Malaysia dibawah Kim Pan-gon. Malaysia memperoleh 4.24 mata ranking FIFA. Berkemungkinan akan naik ke kedudukan 136 dunia.#HarimauMalaya #MASvsPNG pic.twitter.com/RLl7KdlJ3c
— HarimauMYstats (@HarimauMYstats) June 20, 2023
Dengan jumlah mata tersebut, kedudukan ranking Malaysia dijangka akan berubah dan naik dua anak tangga di posisi 136 dunia mengatasi Turkmenistan.
Malaysia juga berpotensi memotong kedudukan Filipina yang masih kekal dalam kelompok 135 teratas dunia.
Kali terakhir Malaysia masuk dalam kelompok 130-139 dunia adalah pada Ogos 2010. Kedudukan ini boleh berubah sekiranya Malaysia konsisten mencatat kemenangan dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang seterusnya.
Kedudukan ranking ini penting untuk menentukan balang undian Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia. Malaysia akan berada dalam balang 3 dengan jumlah mata ranking keseluruhan 1091.57.
After the end of FIFA Matchday this month, here is the draw seeding for FIFA World Cup qualification 2026 (AFC). Please note that Sri Lanka status is suspended & SAFF Championship results will also count into the final seeding. We will update again after the competition finished pic.twitter.com/wbtIMC5ry8
— Footy Rankings (@FootyRankings) June 21, 2023
Sebelum ini, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah merangka format baharu kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 untuk menentukan cara terbaik memilih pasukan ke Piala Dunia berdasarkan jumlah slot yang telah ditetapkan.
Pasukan di ranking 26 hingga 47 Asia akan bermain di pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia melibatkan satu perlawanan (Home & Away). Ketika ini, Malaysia berada di ranking 25 Asia dan layak beraksi di pusingan kedua.