Pasukan kebangsaan Malaysia akan turun menentang skuad kebangsaan Filipina hari ini dalam aksi persahabatan antarabangsa tiga penjuru yang turut melibatkan Singapura sebagai tuan rumah.

Perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Nasional ini menjadi perlawanan pertama Malaysia di bawah bimbingan ketua jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan-gon yang mengambil alih tugas daripada jurulatih sebelum ini iaitu Tan Cheng Hoe.

Di sini kami senaraikan ramalan kesebelasan utama yang mungkin diturunkan pada aksi menentang Filipina pada pukul 8 malam nanti.

Penjaga gol: Farizal Marlias

Malaysia
Sumber Gambar: JST

Pan-gon membawa tiga penjaga gol iaitu Farizal Marlias, Khairulazhan Khalid dan Kalamullah Al-Hafiz bagi menghadapi tiga perlawanan di Singapura. Dari segi prestasi, Farizal dilihat lebih menonjol berbanding dua penjaga gol lain.

Pertahanan: Dion Johan Cools, Aidil Zafuan, Shahrul Saad dan Khuzaimi Piee

Dion dijangka bakal diturunan di posisi pertahanan kanan manakala Aidil dan Shahrul akan berada di bahagian tengah. Khuzaimi dilihat bakal mengisi bahagian kiri memandangkan beliau merupakan satu-satunya left back murni dalam pasukan.

Tengah: Safiq Rahim, Syamer Kutty Abba dan Nor Azam Azih

Malaysia
Sumber Gambar: FAM

Kembalinya Safiq Rahim dalam skuad kebangsaan nyata mendapat sambutan baik oleh peminat bola sepak negara. Beliau dijangka akan diturunkan bersama Syamer dan Azam Azih di bahagian tengah.

Penyerang: Arif Aiman, Syafiq Ahmad dan Faisal Halim

Bahagian serangan sering menjadi masalah kepada pasukan negara dimana penyerang negara sering kali tumpul dalam beberapa perlawanan yang dihadapi pada tahun lalu. Dengan Syafiq Ahmad sudah kembali ke prestasi sebenar, ditambah dengan kelincahan Arif Aima serta Faisal Halim, masalah ini dilihat boleh diselesaikan.

Selepas menghadapi Filipina, Malaysia akan turun berdepan dengan Singapura pada 26 Mac dan kelab Liga Singapura, Albirex Niigata FC Singapore pada 28 Mac 2022. Tiga perlawanan ini bakal digunakan oleh Pan-gon untuk menilai sejauh mana kemampuan pemain negara menjelang saingan peringkat kelayakan Piala Asia 2023 yang dijadualkan berlangsung pada Jun ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan di sini:

Kim Pan-gon Pikul Dua Tugas Sebagai Pengurus Dan Ketua Jurulatih Harimau Malaya

Pemain Mana Yang Layak Untuk Menjadi Kapten Skuad Harimau Malaya?

Faisal Halim Tiada Masalah Dengan Safiq Rahim