Pasukan B-22 tahun negara kendalian Datuk Ong Kim Swee akan menghadapi pasukan tuan rumah, Filipina pada perlawanan kedua peringkat kumpulan A temasya Sukan SEA 2019 hari ini.
Setelah mengutip satu mata pada perlawanan pembukaan menentang Myanmar, penting untuk pasukan negara meraih kemenangan malam ini bagi meletakkan mereka di kedudukan terbaik sekaligus mencerahkan peluang bagi mara ke peringkat separuh akhir.
Bagi mencerahkan peluang pasukan negara untuk meraih kemenangan, Datuk Ong dijangka menurunkan barisan pemain terbaik bagi membawa cabaran pasukan negara. Berikut adalah ramalan kami mengenai kesebelasan utama yang mungkin diturunkan oleh OKS.
Datuk Ong dilihat tidak akan membuat sebarang perubahan besar dalam kesebelasan utama memandangkan pemain yang diturunkan menampilkan persembahan yang baik. Hanya saja kegagalan menyempurnakan peluang yang dimiliki menyebabkan Malaysia gagal untuk meraih kemenangan pada pertemuan menentang Myanmar.
Kedudukan terkini dalam kumpulan A dan keputusan perlawanan pada hari ini.
Malaysia akan beraksi pada hari jumaat ini menentang tuan rumah, Filipina.#VocketFC#SEAGames2019 pic.twitter.com/8sstzH78Y9
— VOCKET FC (@vocketfc) November 27, 2019
Kemboja ketika ini mendahului kumpulan A dengan kutipan empat mata diikuti dengan Myanmar di tangga kedua dan Malaysia di tangga ketiga.
Baca artikel lain mengenai pasukan B-22 tahun negara yang telah kami sediakan di sini:
Jaringan Safawi Rasid Tercalon Dalam Anugerah Gol Terbaik ACL 2019
Sukan SEA 2019: Tiga Tonggak Utama Dilanda Kecederaan, Ong Kim Swee Tidak Bimbang