Skuad Harimau Malaya kini memasang hasrat untuk mencipta kemenangan ke atas pasukan ranking ke-80 dunia, China dalam perlawanan persahabatan tier 1 di Stadium Phoenix Hill, Chengdu malam esok.

Baca Juga:

Keputusan seri 2-2 ke atas Syria kelmarin telah meningkatkan keyakinan pemain berdepan pasukan kuat dan ketua jurulatih, Kim Pan Gon dijangka akan melakukan perubahan dari segi taktikal serta barisan pemain.

Sebarang keputusan untuk perlawanan ini penting kerana ia memberikan pulangan mata ranking FIFA sekaligus menyaksikan skuad Harimau Malaya berpeluang mendaki beberapa anak tangga dalam kelompok 130 dunia.

Berikut ialah ramalan kesebelasan utama skuad Harimau Malaya menentang China:

(Formasi: 4-3-3)

Kim Pan Gon kemungkinan akan mengekalkan formasi 4-3-3 dan ia juga akan berubah kepada 5-3-2 untuk bertahan.

Junior Eldstal dan Shahrul Nazeem dijangka berada dalam kesebelasan utama bagi mengantikan tempat Shahrul Saad yang mengalami kecederaan ketika aksi menentang Syria.

Formasi seperti ini membolehkan Junior Eldstal memainkan dua peranan sebagai pertahanan tengah (centreback) dan pemain tengah bertahan (defensive midfielder) bagi membantu mengekang kemaraan jentera serangan China.

Corbin Ong dan Matthew Davies sudah tentu akan menjadi pilihan Kim Pan Gon untuk mengisi posisi pertahanan kiri serta kanan sambil dibantu oleh Dion Cools dan Shahrul Nazeem.

Kreativiti yang dimiliki oleh Endrick Dos Santos serta kawalan bola yang baik oleh Stuart Wilkin diperlukan bagi mengawal bahagian tengah skuad Harimau Malaya.

Untuk bahagian serangan, Kim Pan Gon kemungkinan menyenaraikan Darren Lok yang menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Syria sebagai ‘target man’.

Kepantasan ‘pakar aksi antarabangsa’, Akhyar Rashid dijangka menjadi taruhan untuk mengisi posisi sayap kiri manakala Faisal Halim kekal berada di bahgian sayap kanan.