Pasukan B-22 tahun negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee berdepan misi hidup dan mati apabila turun menentang Timor Leste B-22 tahun pada perlawanan peringkat kumpulan A temasya Sukan SEA 2019 pada hari ini.
Selepas hanya mengutip satu mata daripada dua perlawanan awal, pasukan negara tidak mempunyai pilihan lain selain memenangi baki dua lagi perlawanan iaitu menentang Timor Leste dan juga Kemboja sambil berharap pasukan Filipina, Kemboja serta Myanmar gagal untuk meraih kemenangan untuk menghidupkan peluang ke peringkat separuh akhir.
Dari segi pemain yang diturunkan dalam kesebelasan utama, Datuk Ong dijangka membuat beberapa perubahan setelah menyaksikan pemain utama gagal untuk menampilkan persembahan terbaik selain mengalami kecederaa.
Di posisi penjaga gol, Damien Lim dijangka diberikan peluang untuk beraksi setelah Haziq Nadzli kerap melakukan kesilapan pada perlawanan menentang Myanmar dan Filipina. Umar Hakeem dijangka kembali mengisi posisi left wing back dan R.Kogileswaran bakal menggantikan Akhyar Rashid yang mengalami kecederaan.
Jika Malaysia gagal untuk meraih tiga mata pada perlawanan menentang Timor Leste, maka pasukan negara akan tersingkir daripada temasya edisi kali ini.
Baca artikel lain mengenai pasukan B-22 tahun negara yang telah kami sediakan di sini:
Adam Nor Azlin Gesa Peminat Henti Lemparkan Kritikan Terhadap Pasukan
Sukan SEA 2019: Ong Kim Swee Anggap Malaysia Masih Ada Peluang Ke Separuh Akhir