Tinggal hitungan jam sahaja lagi aksi perlawanan akhir Piala FA 2019 antara pasukan Kedah menentang Perak akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jurulatih Liga Malaysia telah memberikan ramalan mereka dimana rata-rata memilih Kedah untuk menjulang trofi bagi saingan edisi kali ini.

Berikut adalah ramalan jurulatih:

Yusri Che Lah (Jurulatih Kelantan)

yusri-che-lah
Sumber Gambar: Football Tribe

Kedua-dua sama kuat namun Kedah berdepan penggantungan pemain import, saya yakin Kedah menang 2-1.

Manzoor Azwira (Jurulatih Pulau Pinang)

Perak tampak ada kelebihan daripada konsistensi prestasi semasa namun Kedah agak luar biasa di pentas final. Saya pilih Kedah menang 2-1.

Sulaiman Hussin (Jurulatih UKM FC)

Saya pilih Kedah menang 2-1 kerana Kedah dibarisi pemain yang berpengalaman di final, jadi mereka sudah biasa berdepan tekanan yang tinggi.

Abu Bakar Fadzim (Jurulatih PKNP FC)

Perak konsisten dalam beberapa perlawanan terakhir dan mereka dapat menggunakan semua pemain import dan kesebelasan utama terbaik. Saya ramal Perak menang 2-0

K.Devan (Jurulatih PJ City FC)

K.Devan
Sumber Gambar: Petaling Jaya City FC

Fernando Rodriguez bakal memainkan peranan penting untuk membantu Kedah memenangi aksi final ini dengan keputusan 1-0.

B.Sathianathan (Jurulatih Selangor)

Sukar untuk meramalkan perlawanan akhir kali ini dan saya jangkakan kemenangan perlu ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Nidzam Adzha Yusoff (Pembantu jurulatih Melaka)

Perak memiliki disiplin yang tinggi namun Kedah ada semangat juang yang besar khususnya di pentas akhir. Jadi saya jangkakan Kedah menang 2-1.