Penjaga gol muda Terengganu, Rahadiazli Rahalim menyatakan beliau mahu memperoleh sebanyak mungkin pengalaman dari pemain senior dalam kem latihan pusat skuad kebangsaan yang sedang berlangsung ketika ini.
Rahadi merupakan salah satu muka baharu dalam pasukan negara dan ketika ditemu bual Astro Arena, pemain yang mempunyai ketinggian 1.92 meter itu mahu memanfaatkan peluang yang dimiliki ketika ini.
Penjaga gol muda negara, Rahadiazli Rahalim sedia timba pengalaman bersama pemain senior Harimau Malaya. @FCTerengganu @FAM_Malaysia
Nantikan laporan penuh di Nadi Arena 7.30 malam ini. pic.twitter.com/Xj7Rjgp1RS
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 25, 2021
Ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe memanggil tiga lagi penjaga gol iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Farizal Marlias dan Khairul Azhan Khalid. Ketiga-tiga pemain ini sudah tidak asing lagi dengan pasukan negara.
Pada masa yang sama, Rahadiazli menegaskan penyertaan beliau dalam kem latihan pusat kali ini cukup bermakna buat dirinya selepas pernah mengalami kecederaan patah bahu dan tidak anggap ketinggian 1.92 meter sebagai kelebihan.
Penjaga gol Terengganu FC Rahadiazli Rahalim akui panggilan skuad kebangsaan cukup bermakna buat dirinya selepas pernah mengalami kecederaan patah bahu dan tidak anggap ketinggian 1.92 meter sebagai kelebihan.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) March 25, 2021
Rahadiazli Rahalim turut menjadi antara pemain muda dalam skuad negara dimana Cheng Hoe memberi peluang kepada pemain muda yang menampilkan prestasi cemerlang bersama kelab masing-masing untuk menyertai kem latihan pusat.
Dua lagi pemain muda ialah pemain sayap, Ramadhan Saifullah serta penyerang KV Kortrijk, Luqman Hakim.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Kekuatan Jenama JDT Bawa Pulangan Lumayan Kepada Para Penaja
Subkhiddin Kongsikan Jenis Hukuman Yang Mungkin Dikenakan Terhadap Natxo Insa