Saingan liga bola sepak Nepal atau lebih dikenali dengan nama Martyr’s Memorial A-Division League, baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan untuk bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Seluruh Nepal (ANFA) untuk menjadi penaja utama liga dinegara itu.
Qatar Airways ‘A’ Division Martyr’s Memorial League merupakan sebuah acara bola sepak terbesar di Nepal yang memulakan saingan dari 14 Disember 2019 sehingga 15 Febuari 2020.
Dengan kerjasama yang dijalinkan oleh kedua-dua belah pihak, logo Qatar Airways akan dipaparkan di semua jersi 14 buah kelab yang bersaing dalam liga tersebut, termasuk papan iklan di stadium, bendera stadium, skrin LED serta konten digital atas talian.
Ketua pegawai eksekutif kumpulan Qatar Airways, Akbar AL Baker dalam satu kenyataan rasmi selepas majlis menandatangani kerjasama itu menjelaskan bahawa hasil dari hubungan ini akan meningkatkan lagi pendedahan syarikat kepada pasaran di Nepal selain mampu membantu meningkatkan pembangunan bola sepak di Nepal.
“Kami akan terus berusaha untuk memacu portfolio penajaan sukan global, dan kerjasama ini adalah salah satu contoh dedikasi kami kepada sukan dan kepercayaan kami sukan mampu menyatukan semua orang.
Presiden ANFA, Karma Tsering Sherpa berkata mereka sangat bersyukur dengan sokongan dari jenama terkemuka seperti Qatar Airways dan mereka akan terus melihat ke hadapan dengan jangkaan saingan liga akan lebih menarik dalam tempoh 2 bulan ini.
“Persetujuan ini berjaya dicapai hasil usahasama yang pernah kami jalinkan dengan Persatuan Bola Sepak Qatar dan kami gembira untuk terus merapatkan hubungan dengan Qatar melalui perjanjian ini.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.