Kingsley Coman menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika Bayern Munich ataupun Die Roten menang tipis menewaskan Paris Saint-Germain 1-0.
Baca Juga:
- RASMI: Ronaldo Ketua Pasukan Aksi Al Nassr-Al Hilal Lawan PSG
- PSG Terpaksa Keluar Parc Des Princes Yang Merupakan Stadium Milik Kerajaan
- PSG Suruh Messi Cuti Rehat Bersama Keluarga Dan Beri Peluang Kepada Muka Baharu
Coman sekali lagi menghantui kelab lawamnya dalam perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara pada Selasa, dengan Kylian Mbappe dinafikan gol penyamaan lewat oleh VAR.
Kingsley Coman merupakan graduan PSG, dan bermain untuk kelab itu di peringkat remaja serta menembusi pasukan utama PSG selepas itu.
Dia memutuskan untuk tidak meraikan golnya.
PSG have conceded five goals in their last four matches against Bayern Munich.
Four of those goals have been scored by players who left PSG for free. https://t.co/UgYdMamztS
— Zach Lowy (@ZachLowy) February 14, 2023
Mbappe menjadi mangsa panggilan ofsaid yang sangat ‘nipis’ selepas dia masuk sebagai pemain gantian sekembalinya daripada kecederaan.
Coman yang tidak dikawal telah merembat masuk hantaran lintang Alphonso Davies lapan minit memasuki separuh masa kedua di Parc des Princes.
Ianya berlaku ketika Mbappe bersiap untuk memasuki padang selepas PSG kelihatan ketandusan idea tanpa penjaring terbanyak mereka itu.
Mbappe, dan seluruh stadium, menyangka dia telah menyamakan kedudukan pada baki lapan minit, tetapi gol itu diabaikan kerana Nuno Mendes ofsaid.
Bayern menamatkan permainan dengan 10 pemain selepas Benjamin Pavard dilayangkan kad merah, tetapi ia adalah penamat yang mengecewakan untuk PSG, yang kelihatan lebih baik pada peringkat akhir perlawanan dengan Mbappe di atas padang.
Namun PSG juga tetap bergantung kepada aksi cemerlang Gianluigi Donnarumma untuk menghalang Bayern mendapat lebih banyak gol agregat,
PSG kini mesti berharap mereka dapat mengubah kedudukan dalam perlawanan kedua di Munich pada 8 Mac.
Perkara yang melegakan, UCL tidak lagi menggunakan peraturan gol di tempat lawan.
Sebelum perlawanan, PSG bergelut dengan isu kecergasan Mbappe. Pemain itu awalnya dilaporkan tidak dapat beraksi.
Namun laporan di Perancis menyebut, dia meminta untuk diturunkan, sekurang kurangnya sebagai pemain gantian dalam aksi berdepan Bayern Munich.
Pemain gantian PSG, Warren Zaire-Emery, pada usia 16 tahun dan 343 hari, menjadi pemain termuda yang pernah memulakan perlawanan kalah mati Liga Juara-Juara.
Tekanan kini memuncak di kem PSG. Ini selepas pasukan itu kalah kali ketiga berturut turut dalam semua pertandingan. Pertama kali pada era Neymar, Mbappe dan Messi dalam satu pasukan.
PSG have now lost THREE straight matches ❌
It's the first time in the Messi, Neymar and Mbappe era that this happens 😬 pic.twitter.com/Whd2j9Da8s
— ESPN FC (@ESPNFC) February 14, 2023