PSG dilaporkan menerima bidaan rekod dunia untuk Kylian Mbappe dengan tawaran yuran perpindahan €300 juta dari Al Hilal.

Baca Juga:

Sebelum ini rekod dunia milik Neymar ketika PSG membelinya dengan nilai €212 juta dari Barcelona. Ketika itu PSG mengaktifkan klausa pelepasan pemain itu.

Walaupun PSG setuju dengan tawaran Al Hilal itu, namun mereka masih perlu mendapat lampu hijau daripada Kylian Mbappe.

PSG masih belum berunding dengan Kylian Mbappe tentang bidaan tersebut.

Lebih gila, Al Hilal sedia membeli Mbappe dengan nilai €300 juta dan menggunakannya hanya untuk semusim, dan membenarkan pemain itu menyertai Real Madrid pada 2024.

Semalam RMC melaporkan Al Hilal menawarkan €200 juta untuk membeli Mbappe. Mereka turut menawarkan kontrak €400 juta untuk dua musim kepada pemain itu.

Dan dalam tempoh 24 jam angka itu sudah meningkat €100 juta lagi.

PSG tahu bukan mudah untuk mereka menjual Mbappe pada masa ini. Kerana mereka mengesyaki pemain itu sudah mencapai kesepakatan dengan Real Madrid.

PSG sudah mengeluarkan arahan kepada Luis Enrique untuk tidak membawa Mbappe terbang ke Jepun dalam jelajah Asia pada pra musim kali ini.

Luis Enrique turut diminta untuk tidak menurunkan Mbappe sepanjang musim hadapan kerana kelab kecewa pemain itu tidak mahu melanjutkan kontraknya.

Perkara itu membuatkan Kesatuan Pemain Profesional Perancis mengancam mahu menyaman PSG di atas layanan yang dianggap berbentuk penindasan di tempat kerja.