Laporan mengejutkan di Perancis menyatakan bahawa Pengurus PSG, Christope Galtier sebelum ini pernah bertindak rasis dan persendakan agama Islam ketika di Nice.

Baca Juga:

Laporan itu menjadi sensasi selepas email bekas Pengarah Sukan Nice, Julien Fournier bocor.

Di mana email itu adalah berkaitan dengan rungutan oleh Galtier ketika itu yang tidak berpuas hati kerana Fournier merekrut terlalu ramai pemain beragama Islam dan pemain berkulit hitam.

Galtier malah menyatakan dia malu mendengar orang mulai menggelar Nice sebagai pasukan kulit hitam.

Fournier sebelum ini pernah menyindir Galtier tentang konflik antara mereka beberapa tahun lalu.

Menurut Fournier: “Kalau aku ceritakan kepada anda semua, kenapa saya dan Galtier bergaduh, dia mungkin tak akan lagi berada di mana mana bilik persalinan di Perancis atau di mana mana tempat di Eropah.”

Laporan oleh Nice-Matin menyebut, Galtier malah pernah hampir ditumbuk oleh pengurus Nice yang ada pada hari ini, Didier Digard.

Ketika itu Digard menjadi pengurus pasukan pembangunan Nice.

Di mana Galtier telah mempersendakan agama Digard – yakni Islam – dan membuat ejekan mengaitkan imeh berjambang Digard dengan keganasan.

Oleh itu berlaku pergelutan antara Digard dan Galtier yang memaksa orang lain di situ termasuk Fournier meleraikan mereka.

Digard kemudian menghantar surat perletakan jawatan kerana tidak tahan dengan sikap Galtier. Namun ditolak oleh Fournier.

Kerana alasan Digard meletakkan jawatan adalah kerana agamanya dipersendakan. Fournier menjelaskan Digard tidak bersalah, dan apa yang dikatakan Galtier tidak mewakili prinsip kelab itu.

Digard berlapang dada, dan pastinya Nice akan menjadi mangsa kecaman jika tahu sebab dia meletakkan jawatan. Maka dia terus kekal di itu.

Bercakap kepada media sebelum perlawanan suku akhir pertama Liga Persidangan Europa Nice menentang FC Basel, Digard tidak menolak atau menafikan laporan tersebut.

“Sepertinya kami, menjadi tajuk utama akhbar hari ini, walaupun secara tidak sengaja,” kata Digard dalam sidang akhbarnya yang dihadiri Nice-Matin.

“Kelab telah mengeluarkan kenyataan. Kami tidak akan menambah apa-apa lagi. Terdapat dua versi yang bertentangan, kebenaran akan terserlah.”

“Dia bukannya topik untuk kita hari ini,” kata Digard yang tidak berminat membincangkannya lebih lanjut.

PSG kini telah pun melancarkan siasatan dalaman ke atas Galtier sebaik sahaja laporan tentang tuduhan rasis dan Islamofobia sehingga persendakan Islam yang dibuat pengurus mereka itu.

Ironinya, bos Galtier pada hari ini beragaman Islam iaitu Nasser Al Khelaifi. Pemilikan PSG juga adalah konsortium Qatar yang merupakan negara Islam.

Jika didapati bersalah, PSG akan mengambil tindakan berat ke atas pengurus itu.

Galtier setakat ini menafikan kesemua tuduhan ke atasnya. Dan dia sedia memberikan kerjasama kepada siasatan yang dilakukan ke atasnya.

Masa depan Galtier di PSG memang sedang menjadi tanda tanya selepas dia gagal membantu kelab itu menjuarai UCL. Yang sering menjadi alasan utama PSG pecat pengurus mereka.