Kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) mengumumkan kemasukan pemain antarabangsa Korea Selatan, Lee Kang In dari Real Mallorca dengan kontrak selama 5 tahun.
Baca Juga:
- Kangin Lee, Pemain 17 Tahun Dari Korea Selatan Dengan ‘Release Clause’ Bernilai €80 Juta
- Lee Kang-in Pecah Rekod Juan Mata Sebagai Pemain Paling Muda Lakukan 2 Assist Untuk Valencia
- Korea Selatan Hadapi Saingan AFC B-23 Tanpa Kelibat Bintang Valencia, Lee Kang-in
Pemain berusia 22 tahun itu menjadi pembelian keempat PSG pada jendela perpindahan musim panas kali ini selepas Manuel Ugarte, pertahanan tengah Milan Skriniar dan penyerang Marco Asensio.
Sebelum ini, juara Perancis itu turut menandatangani bekas jurulatih Sepanyol dan Barcelona, Luis Enrique selepas memecat jurulatih Christophe Galtier awal minggu ini.
“Amat menakjubkan untuk mampu menyertai Paris Saint-Germain, ia satu daripada kelab terbesar di dunia, dengan menampilkan beberapa pemain terhebat di dunia,” kata Kang In dalam satu kenyataan.
“Saya tidak sabar untuk memulakan perjalanan baharu ini.”
📸 Revivez les premiers pas de Lee Kang-In en Rouge et Bleu à travers notre sélection de photos. ❤️💙#WelcomeLeeKangIn
— Paris Saint-Germain (@PSG_inside) July 8, 2023
Kang In menembusi pasukan utama di Valencia sebagai pemain sayap selepas membentuk karier sebagai pemain akademi di kelab itu, tetapi juga boleh beraksi di bahagian tengah.
Dia menjaringkan enam gol dalam 39 perlawanan bersama Mallorca musim lalu dan mengumpul 14 penampilan antarabangsa, termasuk beraksi dalam semua empat perlawanan Korea Selatan pada Piala Dunia tahun lalu.
Media Korea Selatan mengklaim Lee Kang In sebagai pengganti Lionel Messi di PSG. Media Korean Joong Ang Daily menganggap Lee Kang In adalah pengganti kepada Lionel Messi di kelab berpangkalan di Paris itu.
Lee, yang terlibat secara langsung dalam 13 gol musim lalu, telah dikaitkan dengan beberapa kelab ternama eropah termasuk pasukan La Liga Atletico Madrid dan pasukan Liga Perdana Aston Villa.
PSG pula tidak pernah dikaitkan dengan pemain itu. Namun mengejutkan apabila PSG telah berjaya meyakinkan pemain itu untuk menyertai mereka.