PSG mahukan Rashford menyertai mereka pada musim panas kali ini. Pemain antarabangsa England itu dianggap pemain ideal untuk beraksi bersama dengan mereka.
Sebelum ini Marcus Rashford sudah membayangkan bahawa dia mungkin tidak akan melanjutkan kontrak bersama dengan Manchester United.
Kontrak semasa pemain itu berbaki kurang setahun lagi. Namun masih ada opsyen lanjutan setahun dalam kontrak tersebut.
PSG serius dalam usaha mereka memburu Rashford. Di mana L’Equipe mengesahkan bahawa kelab itu sudah bercakap sendiri dengan ejen Rashford bagi membincangkan potensi perpindahan tersebut.
Walaupun PSG mahukan Rashford dengan tawaran yang baik, tetapi Manchester United dilihat tidak berminat untuk menjual pemain sensasi mereka itu. Lebih lebih lagi, Man United kekurangan pemain utama di barisan serangan mereka.
Rashford merupakan pemain laju yang boleh beraksi di mana mana posisi di barisan serangan terutama sekali posisi sayap kiri.
Marcus Rashford merupakan pemain kebangsaan pasukan England. PSG kini bergantung kepada gandingan Lionel Messi, Kylian Mbappe dan Neymar.
Tetapi PSG mahukan Rashford kerana pemain itu boleh menjadi pemain untuk projek jangka panjang kelab tersebut.
PSG sebelum ini melepaskan Angel Di Maria secara ejen bebas ke Juventus. Begitu juga dengan Leonardo Paredes yang menyertai kelab gergasi Itali itu.
Leandro Paredes has full agreement on personal terms with Juventus. He is now waiting for Juventus and Paris Saint-Germain to find an agreement on fee/formula. 🚨⚪️⚫️ #Juventus
Negotiations still ongoing, Juve want to sell at least one between Rabiot to Man Utd and then Arthur. pic.twitter.com/IJYaMMucMs
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 11, 2022
Manchester United pastinya tidak mahu dibebani isu perpindahan Rashford ini. Kerana ketika ini, mereka masih bergelut mahu mendapatkan De Jong. Dan begitu juga dnegan situasi rumit Cristiano Ronaldo.
Man United dikaitkan dengan perpindahan bekas pemain PSG iaitu Adrien Rabiot. Di mana kedua dua kelab sudah mencapai kesepakatan harga untuk pemain tersebut. Cuma tinggal Manchester United dan Rabiot sahaja untuk memeterai kesepakatan syarat dan terma peribadi dalam kontrak.
Manchester United baru sahaja terlepas untuk mendapatkan Benjamin Sesko. Pada awal jendela perpindahan, mereka juga gagal mendapatkan Darwin Nunez yang menyertai Liverpool.
Setakat ini Manchester United sudah mendapatkan Lisandro Martinez, Tyrell Malacia dan Christian Eriksen.
Jadi, agak sukar untuk melihat United melepaskan pemain graduan mereka, Marcus Rashford.