PSG dilaporkan sekali lagi mahu jual Neymar selepas gagal melakukannya pada pra musim yang lalu.
Baca Juga:
- Kecederaan Berulang, Neymar Diarahkan Jalani Pembedahan
- PSG Catat Kemenangan Dramatik, Neymar Berang Dilayangkan Kad Merah
- Tak Berkesempatan Ambil Penalti, Neymar Akui Hancur Secara Psikologi
Neymar menyertai PSG dari Barcelona dengan rekod perpindahan dunia €222 juta, yang merupakan klausa pelepasannya.
Dia dibawa masuk untuk membantu kelab itu menjuarai UCL. Namun masih gagal melakukannya.
Masa depan Neymar di PSG semakin hari semakin tak menentu.
Sebelum musim 2022/23 bermula, pengurus PSG, Christophe Galtier menyatakan bahawa dia tidak memerlukan Neymar berbanding Messi dan Mbappe.
Namun PSG gagal mencari pembeli dan pemain itu tidak mahu berpindah. Kekangan utama PSG adalah gaji Neymar. Pemain itu yang mahu terus kekal di PSG, tidak mahu mengurangkan gajinya jika berpindah ke kelab lain.
Neymar turut menyatakan dia hanya setuju mengurangkan gajinya hanya untuk Barcelona. Tetapi Barca tidak boleh mendaftarkan Neymar kerana akaun FFP kelab itu yang kurang sihat.
Akhirnya Neymar terus kekal di PSG musim ini.
Kini kelab itu sekali lagi menyenaraikan nama Neymar dalam sekarang yang PSG mahu jual. Dan pemain itu turut sudah menyatakan dia sudah tak ada hati lagi bermain di PSG musim hadapan.
🚨 #PSG: Neymar has already warned PSG board that he doesn’t want continue at the club next season. ⛔️🇧🇷 pic.twitter.com/B5wEtNqaLB
— Pedro Almeida (@pedrogva6) May 8, 2023
Ini kerana PSG perlu mengurangkan perbelanjaan mereka pada musim baharu bagi mengelak tersangkut dengan masalah FFP.
PSG sedia membawa masuk beberapa pemain baharu dan melanjutkan kontrak pemain sedia ada. Dengan Lionel Messi diumumkan sah akan meninggalkan PSG, kelab itu masih berusaha untuk menjual Neymar.
Laporan dari Perancis menyebut, Neymar berminat untuk menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, jika PSG mahu menjualnya.
Neymar yang boleh bermain di kesemua posisi di serangan, pastinya mahu bermain di kelab yang beraksi di UCL. Dan dia menyatakan dia sudah lama meminati EPL sejak dari kecil lagi.
Neymar ketika ini masih berehat kerana kecederaan. Dan baru baru ini sekumpulan peminat fanatik PSG berkumpul di hadapan kediaman Neymar dan melakukan protes anti Neymar.
Mereka meminta pemain itu berambus.
Neymar kemudian mewujudkan satu lagi kontroversi apabila menyukai satu hantaran Instagram peminatnya yang meletakkan kapsyen bahawa PSG hanya kelab kerdil dan tiada sejarah.
Ianya sebagai sokongan kepada Neymar yang dicemuh dan diserang dengan ejekan oleh peminat PSG.
Ini bukan pertama kali Neymar menjadi sasaran ejekan penyokong PSG.