Paris Saint-Germain atau PSG telah mengesahkan Luis Enrique sebagai pengurus baharu mereka, hanya beberapa jam selepas mengesahkan pemecatan Christophe Galtier.
Baca Juga:
- TERKINI: Julian Nagelsmann Tak Jadi Ke PSG
- Media Korea Klaim Lee Kang In Pengganti Messi Di PSG
- Mbappe: Surat Tu Hanya Untuk Pengesahan Saya Tak Akan Kekal Di PSG
Enrique menjadi calon utama mengisi jawatan di PSG selepas Julian Nagelsmann dilaporkan gagal mencapai kesepakatan dengan kelab itu.
Bekas pengurus Sepanyol dan Barcelona itu, Luis Enrique setuju dengan perjanjian dua tahun bersama PSG di Parc des Princes.
Enrique sudah lama mencapai kesepakatan dengan PSG. Namun berlaku kesulitan di antara PSG dan Galtier dalam mencapai penamatan kontrak atas persetujuan bersama.
Akhirnya pada hari ini, Galtier setuju dengan syarat penamatan kontrak. PSG mengucapkan selamat tinggal kepada Galtier dan terus mengumumkan Enrique.
Pengurus asal Sepanyol itu sebenarnya tidak bekerja sejak dipecat oleh Sepanyol berikutan tersingkir mengejut pusingan 16 di tangan Maghribi pada Piala Dunia 2022.
Dia masih mempunyai CV yang sangat baik di peringkat tertinggi, dan PSG telah memutuskan bahawa dia adalah orang yang tepat untuk membimbing kelab tersebut terutama sekali untuk menjuarai UCL.
Luis Enrique sebelum ini pernah menjuarai Liga Juara-Juara Eropah ketika di Barcelona. Dan turut mencapai treble bersejarah pada musim pertamanya di Camp Nou pada 2014/15.
Enrique memenangi sembilan trofi secara keseluruhan semasa berada di Catalonia tetapi meletak jawatan pada musim panas 2017 atas sebab peribadi.
Pasukan kebangsaan Sepanyol datang menghubunginya pada tahun berikutnya. Dia mengendalikan Sepanyol untuk 44 perlawanan, mencatat 24 kemenangan bersama 11 seri dan sembilan kekalahan.
La Roja mara ke separuh akhir Euro 2024 di bawah kendaliannya, tetapi kecewa di pentas Piala Dunia di Qatar tahun lepas. Membuatkan dia melepaskan jawatannya.