Harry Maguire kini menjadi sasaran PSG yang berminat mahu membelinya. Dengan kelab gergasi Peancis itu sedia membayar £50 juta untuk pemain itu.

Baca Juga:

Sebelum ini Maguire pernah dikaitkan dengan kelab seperti Chelsea ketika di bawah Tuchel, namun pemain itu tidak mahu berpindah.

Selain Chelsea, kelab seperti Barcelona juga berminat dengan Maguire. Dan mencadangkan agar nama Maguire disertakan dalam perpindahan De Jong.

Cadangan itu turut ditolak Maguire yang melafazkan ikrar setianya bersama Manchester United.

Maguire baru sahaja menjulang piala pertamanya bersama Man United sebagai kapten, ketika menjuarai Piala Carabao 2022/23.

PSG sudah mulai merancang untuk membawanya masuk ke kelab berpangkalan di Perancis itu.

PSG mahu Maguire

Dengan pemain pertahanan seperti Sergio Ramos yang sudah berusia dan mungkin tidak akan disambung kontrak, Maguire dilihat calon ideal untuk mengisi posisi pertahanan.

PSG juga kerap berdepan masalah kecederaan pemain seperti Presnel Kimpembe. Maguire dianggap antara pemain yang kurang risiko kecederaan.

Oleh sebab itu PSG berminat membawa masuk Harry Maguire ke dalam pasukan mereka.

PSG malah dikatakan sudah menghantar bidaan kepada United untuk membeli Maguire.

Bukan pilihan utama

Maguire kini bukan pilihan utama mahupun kedua di Man United.

Erik Ten Hag mempercayai gandingan Lisandro Martinez dan juga Raphael Varane.

Maguire malah kerap berada di belakang Victor Lindelof ketika Martinez ataupun Varane tidak tersedia untuk beraksi.

Maguire mengakui dia mahukan lebih minit permainan. Namun pada masa ini dia tidak memikirkan soal keluar dari Manchester United.

Erik Ten Hag pernah memuji aksi Maguire ketika bersama England di Piala Dunia 2022. Dan berharap pemain itu kekalkan prestasinya ketika kembali ke United.

Malangnya, Maguire tetap gagal menambat hati Ten Hag.