Satu Mesyuarat Jawatankuasa Kerja bagi mengkaji proses penyediaan dokumen yang diperlukan untuk membida temasya Piala Dunia FIFA 2034 untuk diadakan di rantau Asia Tenggara akan diadakan di Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Sukan ASEAN di Manila, Filipina pada Rabu lalu berkata semua Menteri Sukan negara anggota ASEAN bersetuju dengan cadangan untuk membida temasya terbesar dalam sukan bola sepak itu.

Proses
KUALA LUMPUR 08 MARCH 2018. Director General of National Sports Council (NSC), Datuk Ahmad Shapawi Ismail during official lauch of CIMB Gymnastics Development Programme and Celebrating Women in Sports at Menara CIMB, Jalan Raja Laut. NSTP/ASYRAF HAMZAH

“Sebelum ini Malaysia pernah melakukan kajian kemungkinan yang digunakan sebagai asas untuk membuat bidaan dan pada kali ini Menteri-Menteri Sukan ASEAN bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Kerja bagi mengkaji dengan lebih mendalam khususnya dalam menyediakan dokumen mengikut keperluan yang diperlukan FIFA,” kata menurut laporan Berita Harian.

Menurut Ahmad Shapawi, beliau tidak menolak kemungkinan tiga negara ASEAN ataupun lebih dari itu diperlukan bagi menjadi tuan rumah temasya berkenaan.

“Kita tahu bagi Piala Dunia 2026, Mexico, Kanada dan Amerika Syarikat menganjurkan Piala Dunia 2026, jadi di peringkat ASEAN nanti berkemungkinan besar nanti bukan sahaja tiga tetapi mungkin empat atau mungkin lima negara yang mungkin berminat menganjurkannya,” tambahnya.

Setakat ini, lima negara ASEAN iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Singapura menawarkan diri sebagai tuan rumah namun negara ASEAN yang lain berkemungkinan mampu dijadikan venue latihan.

Baca artikel lain mengenai bidaan Piala Dunia 2034 di sini:

Indonesia Sedia Jadi Tuan Rumah Piala Dunia 2034

16 Venue Piala Dunia 2034 Di Asean Yang Boleh Dicadangkan Oleh AFF Kepada FIFA

Stuart Ramalingam: Penganjuran Piala Dunia Perlu Mendapat Sokongan Pemerintah