Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) kini dalam proses untuk naik taraf fasiliti pusat latihan dengan menggunakan konsep rumah kontena yang lebih menjimatkan kos sesuai dengan kemampuan kewangan mereka.

Menurut kenyataan rasmi melalui laman facebook TFC, proses naik taraf tersebut kini di fasa akhir dan hampir 80 peratus siap sepenuhnya melibatkan struktur pengisian di dalam ruangan bangunan kontena.

186534090_1232124480551564_6463945512884814461_n
FOTO: TFC

Ia termasuk ruang rehat pemain, bilik staf kejurulatihan, ruang latihan ringan serta surau dan tandas untuk kegunaan pasukan ketika sesi latihan.

Binaan kontena menjadi pilihan alternatif bagi pasukan yang tidak mampu membeli atau membina sebuah bangunan kekal kerana ia menggunakan bahan binaan yang kukuh serta direka untuk tahan lasak sesuai dengan pelbagai keadaan cuaca.

Penggunaan kontena sebagai bahan utama untuk membina bangunan juga mampu menjimatkan kos dan masa lebih 30 peratus daripada bangunan biasa kerana tidak memerlukan kerja menanam cerucuk bangunan.

192279011_1232126117218067_6100325444136385163_n
FOTO: TFC

Selain itu, ia turut dibina bersebelahan padang latihan tanpa perlu merosakkan alam semulajadi seperti menebang pokok, mengorek tanah dan sebagainya. Malah, konsep binaan kontena juga merupakan satu cara mesra alam kerana menggunakan semula besi keluli yang terpakai.

Lazimnya kita sering lihat kontena terpakai ini hanya digunakan untuk pejabat sementara di tapak-tapak pembinaan, sedangkan sebenarnya ia boleh digunakan sebagai ruang rehat untuk para pemain pasukan bola sepak.

190174102_1232128823884463_6202310003302096489_n
FOTO: TFC

Fasiliti latihan yang terdapat di Terengganu FC juga dijangka akan mencetus satu pembaharuan dan alternatif untuk semua pasukan Liga Malaysia dari segi penjimatan kos.

Pusat latihan ini merupakan perkara yang amat penting bagi sesebuah pasukan bola sepak kerana ia adalah tempat dimana para pemain dan jurulatih melakukan kerja mereka.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Penstrukturan Semula Pasukan, Perak Jimat RM500,000 Sebulan

Asnan Ahmad Sedar Perlu Bekerja Keras Rebut Tempat Dalam Skuad Kedah

Kerajaan Benarkan Pasukan Liga Malaysia Teruskan Sesi Latihan