Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin kini berada di Doha, Qatar atas jemputan Presiden FIFA, Gianni Infantino bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir Piala Dunia 2022.
Baca Juga:
- FAM Turunkan Lagi Harga Tiket Piala AFF Selepas Dikecam Penyokong
- FAM Rancang Hantar Skuad Malaysia B-16 Berlatih Di Qatar
- Hamidin Anggap Jersi Harimau Malaya Kali Ini Lebih Unik
Selain itu, beliau turut menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku peminat nombor satu sukan bola sepak.
Datuk Haji Hamidin juga mempersembahkan jersi Harimau Malaya yang baharu kepada Seri Paduka Baginda sebagai tanda penghargaan, kelmarin (13 Disember).
Dalam sesi yang berlangsung selama 30 minit itu, Seri Paduka Baginda dan Datuk Haji Hamidin turut menyentuh mengenai kepentingan hubungan dua hala Malaysia dengan negara luar terutama negara ahli FIFA.
Seri Paduka Baginda berkenan berangkat ke Doha, Qatar bagi mengadakan lawatan khas selama enam hari, bermula kelmarin (13 Disember). Lawatan khas itu juga adalah atas persilaan peribadi Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani, sempena temasya Piala Dunia Qatar 2022.
Perlawanan akhir Piala Dunia 2022 kali ini menemukan dua pasukan pilihan, Perancis menentang Argentina. Kedua-dua pasukan itu dibarisi oleh penjaring terbanyak kejohanan dan juga dari kelab yang sama (PSG) iaitu Lionel Messi dan Kylian Mbappe.
Ia adalah final Piala Dunia keempat Perancis dalam tujuh edisi terakhir dan mereka menyasarkan untuk muncul pasukan pertama dalam tempoh 60 tahun memenangi gelaran Piala Dunia berturut-turut selepas kemenangan berganda Brazil pada 1958 dan 1962.
Bagaimanapun mereka mesti bersedia untuk menghadapi Argentina yang diperkuat oleh Messi dan mahu membalas dendam kekalahan 3-4 pada pusingan 16 terakhir empat tahun lalu.
🇫🇷 Griezmann’s France vs Messi’s Argentina 🇦🇷
🍻 Winner takes home their third #FIFAWorldCup and brings home the Bud! Roll on Sunday… 🙏#Budweiser #POTM #YoursToTake #BringHomeTheBud @Budweiser @budfootball pic.twitter.com/qQ4u4cC16W
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 15, 2022
Messi mempamer aksi cemerlang apabila menjaringkan gol pertama menerusi sepakan penalti serta memainkan peranan penting untuk dua gol seterusnya ketika mencatat kemenangan 3-0 ke atas Croatia pada aksi separuh akhir.
“Messi berada pada prestasi terbaik sejak awal saingan ini. Empat tahun lalu situasinya agak berbeza apabila di beraksi sebagai penyerang tengah sedangkan sekarang dia bermain di bahagian paling depan atau di belakang penyerang.
“Dia nampak cergas dan sudah pasti dia adalah seorang pemain terhebat di dunia, jadi kami akan cuba mematikan ancaman Messi semampu yang mungkin,” kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps.