Presiden AC Milan Paolo Scaroni telah mengklaim AC Milan memainkan peranan penting dalam kempen cemerlang Perancis dalam Piala Dunia 2022.
Baca Juga:
- England vs Perancis: Kane Robek Jiwa Penyokong Three Lions, Les Blues Ke Separuh Akhir
- Southgate Ikrar Sumpah England Akan Bermain Taktikal Menyerang Lawan Perancis
- Gallas: England Tidak Menakutkan Tetapi Perancis Perlu Berwaspada Dengan Declan Rice
Menurutnya, AC Milan telah membangkitkan prestasi Olivier Giroud dan pemain itu telah memindahkan semangat dan motivasi yang dia dapat di AC Milan ke dalam pasukan Les Bleus.
Selain Giroud, seorang lagi pemain AC Milan, Theo Hernandez turut bersama sama dengan Perancis layak ke separuh akhir Piala Dunia 2022.
Scaroni menganggap Giroud sebagai kebanggaan AC Milan. Pemain kebangsaan Perancis itu hampir hanya menjadi pemerhati di bangku simpanan dalam kempen Perancis kali ini.
Hal ini kerana Perancis awalnya menyertakan pemenang Ballon d’Or 2022, Karim Benzema bersama sama pasukan mereka. Namun pemain Real Madrid itu cedera sebelum kempen Piala Dunia.
Ini bermakna Giroud kembali bergandingan dengan Mbappe dan Griezmann sebagai penggempur di barisan serangan.
3 pemain yang menjadi nadi Perancis menjulang Piala Dunia 2018 yang lalu. Giroud malah berjaya menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Perancis ketika Piala Dunia 2022 di Qatar.
Presiden AC Milan, Paolo Scaroni benar benar menganggap Giroud adalah kebanggaan kelab mereka. Dan yakin pemain itu telah membawa aura yang dia dapat di AC Milan ke dalam pasukan kebangsaan negaranya.
“Giroud adalah sumber kebanggaan,” kata Scaroni.
“Dia bermain dengan sangat baik. Saya rasa kejayaan Perancis mara sehingga ke separu akhir adalah disebabkan olehnya.”
Milan president Paolo Scaroni believes the club deserves some of the credit for France’s World Cup campaign. ‘We revitalised Olivier Giroud and he transferred that to his national team.’ https://t.co/3Gv0sn14g8 #ACMilan #FRA #CFC #FIFAWorldCup #Qatar2022 #SerieA #SerieATIM pic.twitter.com/l0zb5nJ0iy
— Football Italia (@footballitalia) December 11, 2022
“Kami di Milan telah membangkitkan semangat dia semula. Saya tidak tahu sama ada saya boleh mengatakannya, tetapi saya mempunyai tanggapan bahawa dengan kami dia telah menemui motivasi baru.”
“Motivasi itu jugalah yang dia telah dipindahkan ke dalam pasukan kebangsaan Perancis. Katakanlah bahawa kita juga memainkan peranan kecil dalam kejayaan yang dicapai setakat ini oleh Perancis,” tambah Scaroni.
Perancis meneruskan misi mempertahankan Piala Dunia. Negara tersebut sudah memiliki rekod 2 Piala Dunia sebelum ini. Di mana Didier Deschamps menjulangnya bersama Perancis pada 1998 sebagai pemain dan pada 2018 sebagai pengurus.
Walaupun kehilangan ramai pemain penting sebelum kejohanan bermula, ternyata Perancis berjaya mengatasi cabaran itu dan mara sehingga ke separuh akhir.