Pasukan Selangor mudah mengatasi kelab dari saingan Liga Singapura, Geylang International dengan keputusan pada perlawanan pra musim tertutup yang diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) semalam.

Setelah menarik diri daripada menyertai kejohanan Hakka Meizhou Cup di China ekoran wabak virus Corona, Selangor memutuskan untuk menjalani sesi perlawanan pra musim di dalam negara.

Pada perlawanan semalam, skuad kendalian B.Satianathan menang besar ke atas Geylang dengan keputusan 5-1 dimana penyerang import, Ifedayo Olesegun menjaringkan dua gol.

Pra
Sumber Gambar: FA Selangor

Tiga lagi gol dijaringkan oleh seorang lagi pemain import, Sandro Da Silva serta dua pemain tempatan iaitu Syazwan Zainon dan Sean Eugene Selvaraj.

Seterusnya, Selangor dikhabarkan bakal menyertai sebuah kejohanan di Indonesia iaitu Piala Gubernur Jawa Timur yang mana akan disertai oleh Sabah serta enam kelab dari saingan Liga 1 Indonesia.

Namun, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi sama ada naib juara Asia Challenge Cup 2020 itu akan menyertai kejohanan tersebut atau sebaliknya.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:

Kejohanan Meizhou Hakka Cup Dibatalkan, Selangor Mungkin Dapat Pengurangan Bayaran Pampasan

Penyerang Import Selangor, Ifedayo Olusegun Akui Rindu Beraksi Di Pentas Asia

Luqman Hakim Akan Terus Berlatih Bersama Pasukan Selangor