Kelab Thai League 1, Police Tero FC meletakkan sasaran untuk melayakkan diri ke saingan AFC Champions League (ACL) musim hadapan.

Sebelum saingan Thai League 1 dihentikan ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19), Police meraih tiga kemenangan dan mengalami 1 kekalahan setelah mengharungi empat perlawanan.

Catatan tersebut membuatkan kelab itu mencongak langkah untuk beraksi di ACL musim hadapan. Namun, pengurus pasukan, Thanyawong Nak berkata pihaknya perlu menilai dari semua aspek.

Tero
Sumber Gambar: Police Tero FC

“Sudah pasti kami mahu beraksi di saingan tersebut (ACL). Tetapi kita perlu melihat kepada realiti yang ada kerana squad depth kami tidak besar.

“Jika saingan liga bersambung pasa September, maka ia akan melabuhkan tirai pada Mei tahun hadapan. Kita juga perlu menghadapi saingan kejohanan kalah mati.

“Secara jujurnya, bagi saya peribadi, saya mahu kelab tidak tersingkir ke saingan Thai League 2. Jadi semua perlawanan adalah berharga bagi kami. Kami perlu fokus pada setiap perlawanan,” kata Thanyawong.

Tero
Sumber Gambar: Police Tero FC

Musim ini, Police Tero diperkuatkan oleh seorang pemain skuad kebangsaan Malaysia iaitu Dominic Tan yang beraksi di posisi pertahanan.

Jika Police berjaya melayakkan diri ke saingan ACL musim hadapan, maka Dominic akan menjadi pemain Malaysia yang menyarung jersi kelab luar negara beraksi di saingan tersebut.

Baca artikel lain mengenai Police Tero dan Dominic Tan di sini:

“Ramai Ingat Saya Akan Ada Masalah Komunikasi Di Thailand, Tetapi Realitinya Tidak Benar” – Dominic Tan

Kelab Dominic Tan, Police Tero Nafi Tidak Bayar Gaji Pemain

Dominic Tan Dan Norshahrul Setuju Gaji Dipotong Oleh Pihak Kelab