Kelab yang diwakili oleh pemain skuad B-23 tahun negara, Dominic Tan iaitu Police Tero berazam untuk kekal dalam saingan Thai League 1 pada musim akan datang.
Baru-baru ini, kelab yang digelar The Dragons itu mengadakan satu majlis sesi pelancaran jersi serta memperkenalkan barisan pemain bagi menghadapi saingan musim 2020 dan pengarah kelab, Rungroj Thakulpunyasiri yakin pasukannya mempunyai kualiti yang setanding dengan pasukan lain dan mampu untuk kekal di liga divisyen pertama.
“Kami kembali ke Thai League 1 hanya selepas dua musim beraksi dalam saingan Thai League 2. Saya percaya musim ini akan menjadi musim yang baik bagi kami. Para pemain telah memperlihatkan peningkatan dan mereka sangat bersungguh-sunguh ketika sesi latihan,” kata Rungroj menurut laporan Bangkok Post.
Police Tero layak ke saingan Thai League 1 setelah muncul naib juara kepada pasukan yang disertai oleh seorang lagi pemain dari Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha iaitu BG Pathum United dalam saingan Thai League 2 musim lalu.
Pasukan yang berpusat di kota Bangkok itu akan memulakan kempen musim 2020 dengan menentang pasukan bekas juara, Buriram United pada 16 Februari ini dan kita mungkin menyaksikan Dominic diturunkan dalam kesebelasan utama.
Baca artikel lain mengenai Police Tero dan Dominic Tan di sini: