Ejen Paul Pogba mengesahkan pemain itu terlepas aksi Piala Dunia 2022 selepas mengalami 1 lagi kecederaan terbaru.

Baca Juga:

Ianya berita yang kurang menyenangkan dari kem Paul Pogba.

Pemain tengah antarabangsa Perancis itu dilaporkan kembali menjalani latihan selepas pembedahan kecederaan lututnya. Dia optimis akan dapat cergas sepenuhnya menjelang Piala Dunia 2022.

Malangnya, dia mengalami 1 lagi kecederaan. Dan kali ini di bahagian pahanya.

Sebelum ini Deschamps sudah memberikan syarat kepada Pogba, bahawa pemain itu tetap tak akan dipanggil jika dia tak 100% cergas.

Kecederaan terbaru ini sudah tentunya menutup peluang Paul Pogba daripada menyertai Piala Dunia 2022.

Didier Deschamps pastinya resah dengan berita tersebut. Kerana 2 pemain tengah pentingnya iaitu Pogba dan N’golo Kante masing masing tidak dapat beraksi di Piala Dunia 2022.

Pogba yang menyertai semula Juventus pada jendela perpindahan lalu, masih belum membuat kemunculan secara kompetitif. Dia mengalami kecederaan serius ketika sesi latihan pra musim.

Ejen kepada Paul Pogba, Rafaela Pimenta mengesahkan bahawa Pogba terlepas aksi Piala Dunia 2022.

Dengan ketiadaan Pogba dan Kante, Deschamps kini bergantung kepada duo tengah Real Madrid iaitu Eduardo Camavinga dan Aurelien Tchouameni.

Deschamps sudah tidak mempunyai masa lagi untuk menguji cuba gandingan pemain tengah untuk Les Bleus. Dua pemain tersebut merupakan tonggak penting Deschamps ketika Perancis menjuarai Piala Dunia 2018.

Pogba walaupun seringkali menunjukkan aksi tak konsisten di kelab lamanya, Manchester United, dia sentiasa tampil berbeza dengan aksi lebih mantap bersama Perancis.

Selain itu terdapat juga pilihan lain termasuk  Adrien Rabiot dan Matteo Guendouzi, yang cemerlang berasksi dengan Olympique Marseille. Rabiot sebelum ini pernah dipanggil semula oleh Deschamps untuk memperkuat pasukan Perancis dalam aksi Euro 2020.

Selaku juara bertahan, Perancis mahu mengelakkan sumpahan juara bertahan yang seringkali menghantui juara bertahan Piala Dunia.

Perancis berada dalam Kumpulan D Piala Dunia 2022 bersama pasukan kebangsaan Australia, Denmark dan Tunisia. Di atas kertas, Les Bleus jelas menjadi pilihan untuk mara ke kalah mati sebagai juara kumpulan.

Karim Benzema akan menjadi senjata utama Perancis di barisan serangan.