Petaling Jaya City FC berdepan kemungkinan tidak dapat menggunakan Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) sebagai home mereka kerana kerja naik taraf yang sedang dilakukan.
Menurut laporan Harian Metro, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Football League (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan memaklumkan kerja-kerja penambahbaikan stadium masih giat dijalankan berbaki beberapa hari sahaja lagi saingan Liga Malaysia musim 2020 bermula.
“Setakat ini, terdapat dua stadium masih lagi belum mendapat kelulusan berikutan perlu melalui proses penambahbaikan membabitkan beberapa kemudahan dan fasiliti.
“Kami sentiasa memantau situasi berkenaan dan bersedia membantu pasukan berkenaan bagi mencari jalan penyelesaian atau mencari alternatif lain bagi mengelak masalah timbul menjelang sepak mula Liga Super,” katanya.
Selain PJ City yang mengalami isu stadium, Selangor turut berdepan isu sama dimana mereka mungkin tidak dapat menggunakan Stadium Shah Alam kerana beberapa perkara yang membimbangkan MFL.
Antara isu yang menjadi kebimbangan MFL mengenai Stadium Shah Alam ialah isu keselamatan penyokong dimana cebisan bumbung stadium yang sudah uzur boleh mengakibatkan kecederaan serius apabila tertanggal.
Baca artikel lain mengenai persiapan pasukan menjelang musim 2020 di sini:
Liga Malaysia 2020: Dollah Salleh Masih Mencari Kombinasi Terbaik Skuad Tok Gajah