Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak mengakui tugas sukar sedang menanti anak buahnya apabila bakal bertandang ke Kuantan untuk aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia pada 26 Oktober ini.
Selepas terikat 3-3 dengan Pahang di halaman sendiri malam tadi, Kedah kini perlu menang sekurang-kurangnya 1-0 bagi membolehkan mereka menempah tiket ke pentas akhir.
“Peluang untuk menang masih terbuka, kerana dalam bola sepak apa saja boleh berlaku walaupun turun beraksi di tempat lawan…paling penting saya nak ingatkan kepada pemain apabila kita pergi ke sana, kita tak boleh fikir Pahang ada tiga gol.
“Apa yang kita perlu buat adalah laksanakan tugas dengan profesional, Insya-Allah dalam bola sepak apa saja boleh berlaku dalam masa 90 minit permainan,” katanya seperti dipetik dalam Bernama
Dalam perlawanan itu Pahang terlebih dahulu membuka akaun jaringan pada minit ke 12 hasil rembatan cantik dari luar kotak penalti oleh Wan Zaharulnizam. Mereka kemudian menambah kedua melalui sepakan penalti oleh Dickson Nwakaeme.
Bagaimanapun, kegembiraan skuad tok gajah tidak bertahan lama apabila Kedah mempamerkan kebangkitan dan berjaya menyamakan kedudukan melalui Fernando Rodrigues. Keputusan 2-2 kekal sehingga tamat separuh masa kedua.
Pahang menampilkan corak permainan yang lebih tersusun sejak perlawanan bersambung dalam separuh masa kedua. Usaha pasukan pelawat berhasil pada minit ke-73 apabila Saddil Ramdani berjaya mencari Nor Azam sebelum pemain skuad kebangsaan itu melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti untuk gol ketiga Pahang.
73' | GOL AZAM!@OfficialPahang berjaya kembali mendahului Kedah selepas Azam Azih menewaskan Ifwat Akmal dengan percubaan dari luar kotak penalti.#PialaMalaysia2019#MFLLive#KEDPHG pic.twitter.com/TtwetoAoIJ
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 19, 2019
Ketinggalan 3-2 menyaksikan Kedah kelihatan buntu untuk melancarkan serangan apabila setiap gerakan dipatahkan lawan sementara Pahang mempamerkan dominasi serta tidak berhenti melakukan asakan sehingga penghujung permainan.
Saki-baki empat minit waktu kecederaan digunakan sebaik-baiknya oleh Kedah. Mereka yang memperoleh sepakan percuma berjaya disempurnakan oleh pemain gantian, Zaquan Adha Abdul Radzak, sekali gus membantu Kedah bangkit menyamakan kedudukan buat kali kedua.
90+4 | GOL ZAQUAN!@official_kfa berjaya menyamakan kedudukan sekali lagi pada minit-minit terakhir perlawanan separuh akhir di Stadium Darul Aman.#PialaMalaysia2019#MFLLive#KEDPHG pic.twitter.com/OSFxqpeqnJ
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 19, 2019
Sementara itu, pengendali Pahang, Dollah Saleh memuji prestasi anak buahnya yang menampilkan corak permainan terbaik walaupun benteng pertahanan melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya.
“Kita sudah bermain dengan baik, cuma kita buat kesilapan bagi gol mudah kepada Kedah disebabkan kelonggaran di pertahanan dan itu sering kali dipesan, namun tetap terjadi pada perlawanan ini.
“Insya-Allah di Kuantan nanti kita akan bermain lebih baik kerana kita main di tempat sendiri cuma kena selalu mengingatkan pemain jangan buat silap hingga boleh memakan diri,” katanya.
Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Piala Malaysia melalui pautan dibawah.
Piala Malaysia 2019: Dollah Salleh Tak Pandang Rekod Pertemuan Lalu
Tiada Pengadil Import Untuk Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019
Pemain Arsenal, Nicolas Pepe Ucap Selamat Maju Jaya Kepada Skuad Tok Gajah