Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh menganggap rekod pertemuan pada musim ini bukanlah gambaran sebenar mengenai kekuatan pasukan lawan apabila bakal bertandang ke Alor Star menentang Kedah untuk aksi separuh akhir Piala Malaysia pada hari sabtu ini.

Biarpun skuad tok gajah pernah menewaskan Kedah, 1-0 di Stadium Darul Makmur musim ini namun Dollah menyifatkan corak permainan Lang Merah kali ini lebih berbeza selepas kemasukan pemain tengah import dari Kyrgyzstan, Edgar Bernhadt.

“Memang Pahang memiliki kelebihan berdasarkan dua perlawanan itu tetapi saingan Piala Malaysia terutama di separuh akhir adalah pentas berbeza. Sebab itu saya mahu pemain mengekalkan prestasi seperti dipersembahkan pada peringkat kumpulan dan suku akhir jika mahu ke final.

“Saya harap pemain disenaraikan nanti dapat bermain dengan cemerlang dan membawa bekalan selesa apabila bertemu sekali lagi di Kuantan pada 26 Oktober ini,” katanya seperti dipetik dalam Arena Metro.

74217355_2610921428968535_2678425267453558784_n
Skuad Pahang giat menjalani latihan sejak kelmarin. FOTO: Pahang FA

Tempoh rehat selama hampir 3 minggu dimanfaatkan sepenuhnya untuk sesi latihan dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab liga sosial dari lembah klang, Puchong Fuerza.

Sekembalinya empat pemain yang menyarung jersi negara ketika aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 membantu memperkasakan skuad itu. Bagaimanapun, dua lagi pemain import dari Singapura dan Indonesia iaitu Safuwan Baharuddin serta Saddil Ramdani baru sahaja selesai menghadapi satu perlawanan antarabangsa semalam.

“Saya difahamkan penerbangan Saddil esok atau Jumaat ini memandangkan kali ini skuad Indonesia bermain di Bali. Tapi, Safuwan sah bersama skuad Tok Gajah, esok. Saya percaya jika Saddil tidak dapat bersama pasukan di Alor Setar Sabtu ini, pemain lain boleh memikul tugas diberikan,” jelasnya.

Empat pemain Pahang yang bersama skuad Harimau Malaya ialah kapten pasukan, Matthew Davies, Mohamadou Sumareh, Norshahrul Idlan Talaha dan Nur Azam Azih.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Piala Malaysia melalui pautan dibawah. 

Saingan Separuh Akhir Piala Malaysia 2019 Dijangka Lebih Sengit

Piala Malaysia 2019: Tiket ‘Online’ Kedah Menentang Pahang Sudah Habis Dijual

Tiada Pengadil Import Untuk Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019

Sumber