Liverpool melalui momen yang penuh debar ketika mereka memenangi Piala FA buat kali pertama sejak 2006 selepas penentuan sepakan penalti yang dramatik menentang Chelsea.
Sekaligus mengekalkan misi 4 piala mereka pada musim ini. Walaupun EPL kelihatan semakin sukar.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu menang 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti di Wembley ketika pertahanan asal Greece, Kostas Tsimikas menjadi wira yang tidak disangka sangka mungkin dengan sepakan penentu selepas Alisson Becker menghalang percubaan Mason Mount.
What a moment for Kostas Tsimikas 🥳 pic.twitter.com/9Cmt1qs0Mh
— B/R Football (@brfootball) May 14, 2022
Sebelum itu Sadio Mane berpeluang menamatkan perjuangan Chelsea lebih awal, tetapi sepakan penaltinya diselamatkan oleh Mendy.
Perlawanan akhir yang sengit telah menamatkan keputusan seri 0-0 selepas masa tambahan. Selepas aksi 120 minit penentuan sepakan yang penuh debaran sekali lagi berlaku.
Cesar Azpilicueta dan Sadio Mane, kedua dua pemain tersebut gagal menyempurnakan penalti mereka.
Buat kali kedua musim ini, Liverpool muncul sebagai juara selepas menewaskan Chelsea menerusi penentuan penalti. Sebelum ini lebih dramatik apabila Liverpool menewaskan mereka 11-10 dalam aksi Piala Carabao. Di mana Kepa Arrizabalaga menjadi satu satunya pelaksana penalti yang gagal.
Kejayaan memenangi Piala FA ini telah mengesahkan musim dua kejuaraan domestik buat Liverpool yang pertama sejak 2001. Klopp akhirnya berjaya memenangi Piala FA.
Walaupun Liverpool mungkin tidak dapat memenangi kejuaraan Inggeris kedua dalam tiga musim, mereka masih boleh menamatkan kempen yang menakjubkan dengan memenangi perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid di Paris pada 28 Mei nanti.
Klopp kini melengkapkan koleksi memenangi kesemua piala domestik, serta eropah bersama dengan Liverpool.
Set complete for the boss 😍🏆#EmiratesFACup pic.twitter.com/fqHe9D2ekn
— Liverpool FC (@LFC) May 14, 2022
Namun kerisauan Liverpool adalah kehilangan Mohamed Salah dan Virgil van Dijk akibat kecederaan menjelang satu lagi aksi final penting iaitu Liga Juara Juara Eropah.
Bagi Chelsea, ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut di final Piala FA selepas kekalahan sebelum ini kepada Leicester dan Arsenal.
Liverpool membuat permulaan yang memberangsangkan apabila mereka mengerumuni ke hadapan dalam hantaran pantas dan mengasak tanpa henti.
Diaz sepatutnya meletakkan Liverpool di hadapan selepas memecut ke atas untuk menerima hantaran hebat daripada Trent Alexander-Arnold. Namun, rembatan jinak Diaz berjaya diselamatkan oleh Mendy. Bola masih bergolek ke gawang, dan akhirnya Trevoh Chalobah bergegas untuk mengeluarkan bola.
Tuchel kelihatan tidak gembira dengan para pemainnya. Chelsea kemudian melakukan serangan bahaya.
Mount mengetuai serangan kilat yang mencetuskan ancaman gol yang pertama untuk mereka. Malangnya Christian Pulisic gagal menyumbat masuk daripada situasi peluang dari jarak dekat.
Pulisic was 𝐭𝐡𝐢𝐬 close 📏
(via @EmiratesFACup) pic.twitter.com/mWXDDNrqc1
— B/R Football (@brfootball) May 14, 2022
Pulisic mengancam kubu Liverpool sekali lagi beberapa saat kemudian, melepaskan hantaran kepada Alonso, yang sepatutnya menjaringkan gol tetapi melakukan sentuhan pertama yang lemah dan merembat terus ke arah Alisson Becker.
Diogo Jota mensia-siakan peluang keemasan untuk memberikan Liverpool pendahuluan sejurus selepas dia dimasukkan menggantikan Mo Salah, di mana penyerang Portugal itu melakukan voli dari hantaran lintang Andrew Robertson.
Pulisic kemudian tampil dengan rembatan deras yang berjaya diselamatkan oleh Alisson sebelum sepakan percuma Alonso tersasar terkena palang.
Tetapi Klopp yang mengisytiharkan dirinya sebagai “raksasa mentaliti” tidak hampir empat kali ganda tanpa ketabahan yang luar biasa.
Mereka bergelut kembali secara momentum dan Diaz melakukan rembatan deras yang terkena tiang gol.
Kedua dua pasukan terus bergelut dengan penyudah mereka. Dan akhirnya perlawanan diheret ke penentuan penalti. Di mana Liverpool sekali lagi menang ke atas Chelsea.
Ini adalah kali ketiga Klopp menang final ke atas Chelsea selepas Piala Super Eropah, Piala Liga dan kini Piala FA. Jadi, jika sebelum perlawanan Timo Werner menyatakan bahawa Chelsea seronok menentang Liverpool. Rasanya Liverpool juga suka menentang Chelsea di final.
Liverpool menjulang Piala FA 2021/22. Dengan Luis Diaz dinobatkan pemain terbaik perlawanan akhir.
What a player ✨ pic.twitter.com/XlQtLxIxMt
— Liverpool FC (@LFC) May 14, 2022