Liverpool memerlukan kebangkitan pada separuh masa kedua daripada kedudukan 1-3, untuk mengikat Leicester 3-3 pada masa kecederaan.
Kemudian dalam penentuan penalti, Takumi Minamino yang menjadi wira gol penyamaan 3-3 telah merembat terkena palang, membuatkan penentuan penalti ke sudden death.
Tetapi penjaga gol muda Liverpool, Kelleher berjaya memastikan Liverpool mara dengan aksi menyelamat penalti.
Liverpool bermula dengan tidak menentu pada separuh masa pertama.
Leicester di hadapan menerusi Jamie Vardy pada minit ke-9.
Vardy kemudian menghukum kealpaan pertahanan Liverpool sekali lagi pada minit ke-13, hanya selepas 4 minit daripada gol pertama.
Liverpool merapatkan jurang gol menerusi Alex Oxlade Chamberlain.
Tetapi malam hambar separuh masa pertama Liverpool terus dihukum lagi oleh James Maddison pada minit ke-33.
⚽️ Vardy 9'
⚽️ Vardy 13'
⚽️ Oxlade-Chamberlain 19'
⚽️ Maddison 33'FOUR goals in less than 35 minutes, it's a League Cup party 😅💃 pic.twitter.com/ikJ0LyJ7Z1
— Football on TNT Sports (@footballontnt) December 22, 2021
Brendan Rodgers memutuskan untuk fokus kepada bertahan. Dan cuba menyakitkan Liverpool dengan serangan balas pada separuh masa kedua. Di mana hanya Vardy berada di atas bola.
Klopp melakukan beberapa pertukaran pemain dan perubahan taktikal.
Liverpool melakukan banyak sekali percubaan pada separuh masa kedua. Namun gol kedua hanya hadir pada minit ke-66 apabila Diogo Jota melakukan rembatan kemas menewaskan Schmeichel.
Kredit kepada Minamino yang melakukan assist sesedap rasa.
Diogo Jota now has 7 goals in his last 8 matches.
He’s too good!🔥 pic.twitter.com/afkVNIVmdD
— Liverpool News (@LFCVine) December 22, 2021
Leicester cuba untuk bertahan dan pengadil memberikan masa tambahan 6 minit kerana banyak aksi melengahkan perlawanan daripada Foxes.
Ketika Leicester seolah olah akan mara ke separuh akhir, Liverpool berjaya menyamakan kedudukan menerusi Takumi Minamino pada minit ke 90+5′ masa kecederaan.
Minamino memanipulasi ruang kosong di belakang pertahanan dan mencetuskan situasi 1 lawan 1 dengan Kasper Schmeichel.
Perlawanan masa penuh berakhir 3-3. Kedua dua pasukan ke penentuan penalti.
Selepas tiga pelaksana daripada setiap pasikan menyempurnakan tugasan mereka, Luke Thomas (pelaksana keempat Leicester) pula gagal menewaskan Kelleher. Bolanya diselamatkan.
Pada kedudukan 4-4. Takumi Minamino berpeluang menjadi wira Liverpool untuk mara ke separuh akhir. Namun kejayaan Liverpool ditangguhkan oleh palang gol.
Masuk ke sudden death, Nathan Redmon yang merupakan salah seorang pakar bola mati memberikan harapan kepada Leicester. malangnya, penalti teruknya diselamatkan Kelleher.
Diogo Jota tampil, dan memastikan Liverpool mara dengan jaringan penallti penamat perlawanan. Liverpool menang penentuan penalti 5-4.
Into the semi-finals of the @Carabao_Cup we go😍 pic.twitter.com/7Ym8RS8hyR
— Liverpool FC (@LFC) December 22, 2021
Liverpool akan berdepan dengan Arsenal dalam aksi separuh akhir Piala Carabao.
Sementara itu Chelsea akan berdepan dengan Spurs dalam satu lagi separuh akhir.