Chelsea berjaya memenangi aksi separuh akhir pertama Piala Carabao menentang Tottenham dengan kemenangan 2-0 di Stamford Bridge.
Dua gol kemenangan Chelsea kali ini tercipta pada separuh masa pertama menerusi Kai Havertz dan jaringan sendiri oleh Ben Davies.
Antonio Conte kembali semula ke Stamford Bridge buat pertama kali selepas meninggalkan kelab tersebut beberapa tahun lalu. Di mana Conte membantu Chelsea menjuarai Liga Perdana Inggeris.
Namun kepulangan Conte kali ini dihampakan oleh Chelsea yang dibimbing oleh Thomas Tuchel. Tuchel mengembalikan semula Romelu Lukaku ke dalam pasukan selepas permohonan maaf pemain tersebut.
Perlawanan bermula dengan tempo yang tinggi. Chelsea cuba bermain secara agresif dan menyerang. Skuad bimbingan Conte juga cuba memulakan perlawanan dengan menyerang ke kubu lawan.
Namun hanya lima minit aksi bermula Chelsea sudah di hadapan. Kai Havertz menyempurnakan hantaran Marcos Alonso.
Chelsea memiliki dua lagi peluang menerusi Havertz dan Mount, namun gagal disempurnakan.
Pada minit ke-34, Chelsea menggandakan jaringan. Bermula dari sepakan percuma Ziyech, Tanganga cuba mengeluarkan bola. Namun bola terkena pada Davies dan masuk ke gawang sendiri.
Pada minit ke-41, Lukaku mendapat peluang keemasan untuk menjaringkan gol ketiga Chelsea. Namun tandukannya tersasar.
Perlawanan separuh masa pertama berakhir dengan 2-0 memihak Chelsea.
Bersambung babak kedua, Spurs cuba melakukan serangan terus ke kubu Chelsea. Harry Kane mendapat ruang yang agak selesa pada awal 10 minit separuh masa kedua.
Kedua dua pasukan kemudian saling berbalas serangan. Tetapi pertahanan kedua dua pasukan ampuh bertahan.
Ketika aksi berbaki 10 minit, Tuchel memutuskan untuk mempertahankan kelebihan 2 gol yang dimiliki. Chelsea tetap berpeluang mendapatkan gol pada minit ke-86, malangnya percubaan Alonso terkena tiang.
Tamat perlawanan, Chelsea menang 2-0. Spurs berpeluang 90 minit lagi untuk mengubah nasib mereka.
Satu lagi aksi separuh akhir antara Arsenal dan Liverpool sah ditunda. Ini selepas permohonan Liverpool untuk menunda aksi kerana kekurangan pemain diterima oleh EFL.
Baca juga artikel
Lukaku Mohon Maaf: “Chelsea Adalah Kelab Saya Sejak Dari Kecil”
Liverpool Meminta Aksi Menentang Arsenal Ditunda Sebab Tak Cukup Pemain